Adat Istiadat

ADAT ISTIADAT

Adat ialah suatu kebiasaan daripada sesuatu perbuatan yang diulang-ulang dan yang telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi, dan adat istiadat pula ialah berbagai-bagai adat kebiasaan.

Menurut Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan (Sultan Haji Omar Ali saifuddien, Sultan Brunei Ke 28 : 1950-1967 masihi) semasa bersabda dalam kursus Wazir-wazir, Chetria-cheteria dan Menteri-menteri termasuk Menteri-menteri pedalaman pada 22 Jun 1968, bahawa Adat Istiadat atau Dalam Majlis Beritiadat sebagai indah laila kata misalan orang tua-tua kita dahulu adalah mengandungi adab, dan perkara-perkara yang mengembangkan atau membina pada mencukupkan atau melangkapkan adat istiadat itu baik dari segi alatan-alatan perhiasan, gelaran dan susunan mereka yang akan menghadiri satu-satu majlis yang beradat atau beristiadat.

Daripada pengertian tadi dapatlah disimpulkan bahawa adat istiadat itu termasuklah ertinya peraturan hidup yang mengandung adab, iaitu peraturan tersebut boleh menerima perubahan yang sesuai dengan keadaan zaman, dengan syarat tidak merombak keasliannya.

Leave a comment