Kaedah Penulisan Resam Othmani

KAEDAH PENULISAN RASM UTHMANI

1.Kaedah pertama:Al-Hadhf

Al-Hadhf ialah membuang atau mengurangkan sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu.Dalam Rasm Uthmani,ia bermaksud huruf-huruf yang tidak boleh ditulis tetapi wajib dibaca sama ada ketika wasal atau waqaf.Ada enam huruf yang dibuang mengikut Rasm Uthmani iaitu ا,و,ي,ل,ن dan huruf-huruf di permulaan beberapa surah tertentu.

1)Hadhaf huruf alif.Semua mashaf Uthmani ditulis dengan membuang huruf alif pada keadaan-keadaan berikut:

Huruf Alif bagi Hamzah al-wasl pada kalimah (اسم) dalam firman Allah S.W.T (بسم الله)

  • Huruf alif yang terletak di antara dua huruf lam.Contohnya seperti firman Allah (للذى ببكة) dan sebagainya.
  • Huruf alif yang menjadi surah (rumah)bagi hamzah al-Qat apabila selepasnya terdapat huruf alif yang lain.Contohnya seperti (ءالله),(ءأنت) dan sebagainya.
  • Huruf alif pada Fih al-Amr dari kalimah (السؤال) yang dimulai dengan huruf و atau ف.Contohnya seperti (ءلفس( dan (وسءل)
  • Huruf alif selepas hamzah al-qaf yang kedua pada kalimah (ءااءن), melainkan firman Allah S.W.T ( يستمع الأنفمن (

2.Kaedah kedua:Al-Ziyadah(penambahan)

Al-Ziyadah ialah menambah sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu.Dalam Rasm Uthmani,Al-Ziyadah bermaksud huruf-huruf yang mesti ditulis tetapi haram dibaca sama ada ketika wasal atau waqaf.Ada tiga huruf yang ditambah mengikut kaedah penulisan Rasm Uthmani iaitu huruf ا,و dan ي.

Contoh ziyadah huruf ا:

  • Ø Huruf alif selepas waw pada akhir nama yang menunjukkan jama’.Contohnya seperti (كاشفوا),(ملقوا)
  • Ø Huruf alif selepas waw yang ditukar dari alif ,iaitu pada lafaz ((الريوا

Contoh ziyadah huruf و:

  • Ø Huruf waw selepas hamzah pada kalimah أوريكم)س ) dalam firman Allah S.W.T (أوريكم ءايتىس(
  • Ø Huruf waw selepas hamzah pada kalimah-kalimah berikut,iaitu ((وأولت)(أول

v Contoh ziyadah huruf ya

  • Ø Huruf ya selepas hamzah pada kalimah (فينأ(
  • Ø Huruf ya pada tujuh tempat-tempat berikut ( نبأى المرسلينمن من تلقائ نفسي (

,(وأيتائ ذى القربى) (بأبيكم المفتون) (والسما ء بنينها بأييد) ( أومن ورائحجاب) (ومن ءانائ اليل)

3.Kaedah ketiga:Al-Hamz(Penulisan huruf hamzah)

Huruf-huruf hamzah di dalam al-quran terletak sama ada di permulaan,pertengahan atau di hujung kalimah.Dalam mashf uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf hamzah tersebut berbeza antara satu sama lain berpandukan kepada kedudukannya.

  • § Huruf hamzah di pangkal kalimah

-Semua huruf hamzah yang terletak di pangkal kalimah ditulis dengan surah alif sama ada ia fathah,kasroh atau domah.

Contoh(امر):

  • § Huruf hamzah di pertengahan kalimah

-Huruf hamzah yang terletak di tengah kalimah berbeza cara penulisannya antara satu sama lain:

v Sekiranya sebelum huruf hamzah ada satu huruf sukun maka ia ditulis tanpa surah.

Contoh:((يسءل

v Sekiranya huruf hamzah itu kasrah ataupun sukun dan sebelumnya kasrah maka ia ditulis dengan surah ya

Contoh:((جءت

v Sekiranya huruf hamzah itu dommah ataupun sukun dan sebelunya dhommah,maka ia ditulis dengan surah waw.

Contoh(يذرؤكم):

v Sekiranya huruf hamzah itu fathah ataupun sukun dan sebelumnya fathah,maka ia ditulis dengan surah alif.

Contoh:أوهمم

  • § Huruf hamzah di hujung kalimah

v Sekiranya sebelum huruf hamzah itu kasrah,Ia ditulis dengan surah ya

Contoh: ((قرئ

v Sekiranya sebelum huruf hamzah itu dommah,ia ditulis dengan surah waw.

Contoh:(أن امروا)

v Sekiranya sebelum huruf hamzah itu fathah ia ditulis dengan surah alif.

Contoh:(بدأ)

v Sekiranya sebelum huruf hamzah itu sukun,ia ditulis tanpa surah.

Contoh:(دفء)

  • § Hukum-hukum khas

v Apabila selepas huruf hamzah terdapat alif maka ia ditulis tanpa surah.

Contoh(ءامن):

v Apabila selepas huruf hamzah terdapat ya,maka ia ditulis tanpa surah.

Contoh:(خسءين)

v Apabila selepas huruf hamzah terdapat waw,maka ia ditulis tanpa surah.

Contoh:((يءوده

4.Kaedah keempat:Al-Ibdal (Menukarkan huruf)

Ibdal ialah menukarkan sesuatu huruf itu kepada huruf yang lain.Dalam penulisan Rasm Uthmani kaedah ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu ibdal alif kepada waw,ibdal alif kepada ya,ibdal nun kepada alif,ibdal ta marbutah kepada ta maftuhah dan ibdal waw kepada alif.

  • § Ibdal alif kepada waw.

v Pada empat kalimah yang selalu berulang-ulang

Contoh:(الحيوة)

  • § Ibdal alif kepada ya

v Apabila alif terletak di (الهدى)

v Huruf alif pada kalimah (نىأ( yang membawa maksud (يفك(

  • § Ibdal nun kepada alif

v Nun taukid khafiyyah pada kalimah (ليكوناو(

v Nun pada kalimah (ذنأ(

  • § Ibdal ta marbutah kepada ta maftuhah

v Kalimah (حمةر( ditulis dengan ta maftuhah (حمتر(

  • § Ibdal waw kepada alif

v Semua kata nama dan kata perbuatan yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf yang ketiganya ialah waw.

Contoh:((الصفا

5.Kaedah kelima:Al-wasl wa al-Fasl(Menyambung dan memisahkan)

Al-wasl wa al-fasl ialah kaedah menyambung dan memisahkan tulisan pada huruf-huruf atau kalimah-kalimah yang tertentu.Dalam penulisan Rasm Uthmani terdapat banyak kalimah yang ditulis dengan cara bersambung pada sesuatu tempat,tetapi ditulis dengan cara berpisah pada tempat yang lain dan begitu juga sebaliknya.

  • § Ditulis dengan bersambung pada kalimah-kalimah berikut:

v Semua kalimah (لاا( dalam al-quran melainkan pada sepuluh tempat

v Semua kalimah (ماأ(dan (ماأ(

  • § Ditulis dengan berpisah pada kalimah berikut:

v Semua kalimah (ين ماأ(

  • Ø Kaedah keenam:Ma fih Qira’atan(Kalimah yang mengandungi dua wajah qiraat)
  • § Bertepatan tulisannya dengan dua wajah qiraat

Ada beberapa kalimah yang ditulis dengan hadhaf huruf alif,tetapi bacaannya bertepatan dengan dua wajah qiraat iaitu sama ada dengan alif panjang atau alif pendek.

Contoh:مللك huruf mimnya boleh dibaca panjang atau pendek.

  • § Ditulis mengikut salah satu dari dua wajah qiraat

Apabila terdapat dua wajah qiraat pada sesuatu kalimah,maka ia ditulis dengan menggunakan salah satu wajah yang lebih masyhur.

Contoh:((الصرط ditulis dengan huruf sad walaupun ada qiraat yang membaca dengan huruf sin dan huruf zay yang diisymamkan.

  • § Berlaku penambahan disebabkan wajah qiraat yang berbeza

Terdapat beberapa perbezaan qiraat yang melibatkan penambahan sesuatu huruf atau kalimah dan ini menyebabkan kaedah tulisan yang digunakan bagi qiraat tersebut tidak sesuai digunakan bagi qiraat yang lain.Jadi,ia ditulis pada sebahagian mashaf dengan satu kaedah dan sebahagian lagi mashaf dengan kaedah yang lain.

Contoh:(جنت تجرى تحتها الأنهر (

2 comments on “Kaedah Penulisan Resam Othmani

  1. syukran atas info y bguna..em cuma nak tahu..penambahan alif, waw dan ya tu..ada sebab x penambahan tu..adakah huruf2 y ditambah berfungsi? terima kasih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s