Adakah kunjung mengunjung serta maaf bermaafan pada hari raya amalan wajib atau sunat?

Amalan kunjung mengunjung dan bermaaf maafan amat digalakkan. Sekiranya kunjungan itu bagi tujuan yang wajib seperti untuk menyambung silaturahim yang terputus antara keluarga, maka ia dikira wajib. Ini juga dilakukan kerana kewajipan agama yang mewajibkan hubungan silaturahim di kalangan keluarga dan saudara Islam. Jadi amalan kunjungan tersebut perlu dilakukan tetapi bukan ditentukan hanya pada hari raya malah pada bila-bila masa yang sesuai serta peluang atau masa yang ada. Begitu juga amalan tersebut digalakkan dan dianggap sunat jika tujuannya hanya untuk merapatkan hubungan dan memperkuatkan silaturahim. Kunjungan ini harus diteruskan bukan sahaja antara keluarga dan umat Islam malah antara masyarakat pelbagai kaum dan agama untuk melahirkan keharmonian dan hubungan kerjasama dalam mempertahankan keamanan negara. Wallahualam.

INDA RUGI MENCUBA

05 Syawal 1431 / 14 September 2010 – Alhamdulillah bermula hari ane saya mencuba untuk melangkah setapak kehadapan dalam usaha untuk mempertingkatkan diri menerusi pengetahuan dunia IT. Saya mula kenal dengan wordpress pada tahun 2007 dan pada tahun ini saya mengambil inisiatif untuk mencuba media baru ini bagi mengembang luaskan bidang penulisan saya. Penulisan adalah suatu yang boleh menjana pemikiran. Untuk menulis kitani terpaksa banyak membaca dan mencari bahan-bahan sama ada dari jaringan (internet) mahupun buku, makalah, akhbar dan lain-lainnya kemudian dikongsikan menerusi laman ini…….semoga dipermudahkan dan diberkati Allah jua.

Dikesepatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Firti kepada semua kaum Muslimin di tanah air bumi bertuah Brunei Darussalam dan seluruh dunia…..
تقبل الله منا ومنكم
كل عام وانتم بخير