Adakah kunjung mengunjung serta maaf bermaafan pada hari raya amalan wajib atau sunat?

Amalan kunjung mengunjung dan bermaaf maafan amat digalakkan. Sekiranya kunjungan itu bagi tujuan yang wajib seperti untuk menyambung silaturahim yang terputus antara keluarga, maka ia dikira wajib. Ini juga dilakukan kerana kewajipan agama yang mewajibkan hubungan silaturahim di kalangan keluarga dan saudara Islam. Jadi amalan kunjungan tersebut perlu dilakukan tetapi bukan ditentukan hanya pada hari raya malah pada bila-bila masa yang sesuai serta peluang atau masa yang ada. Begitu juga amalan tersebut digalakkan dan dianggap sunat jika tujuannya hanya untuk merapatkan hubungan dan memperkuatkan silaturahim. Kunjungan ini harus diteruskan bukan sahaja antara keluarga dan umat Islam malah antara masyarakat pelbagai kaum dan agama untuk melahirkan keharmonian dan hubungan kerjasama dalam mempertahankan keamanan negara. Wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s