Haji menurut etimologi adalah menuju kota Suci Mekah untuk melakukan ibadat. Sedangkan terminologi adalah menyegaja pergi ke Baitullah di Mekah pada waktu tertentu dengan niat untuk melakukan suatu ibadat yang terdiri daripada tawaf, sa’ie, wukuf di arafah dan lain-lainnya.
Haji merupakan salah satu rukun Islam, juga merupakan salah satu hukum wajib dan pasti dalam hukum Islam, yang mana wajib bagi semua muslim yang sudah mencapai baligh, berakal, merdeka, memiliki kemampuan serta hanya sekali seumur hidup.
Firman Allah Subaanau Wata’ala
Mafhumnya :
” Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatu pun) dari sekelian makhluk”
Surah Ali Imrran 97
Alhamdulillah hari ini 22 Oktober 2010 adalah merupakan penerbangan pertama bagi Negara Burnei Darussalam kita sama-sama berdoa kepada Allah semoga semua bakal jema’ah haji kita akan dilindungi oleh Allah dan dipermudahkan dalam segala urusan……amin..