MIB-Hukum Kanun Brunei

Kanun bermakna undang-undang, hukum  dan peraturan, Hukum kanun Brunei ialah salah satu panduan dalam menjalankan pemerintahan di Brunei.  Hukum Kanun Brunei dikatakan sudah terdapat dalam zaman pemerintahan Sultan Hassan, Sultan Brunei yang ke-9 (Sekitar 1582-1598 Masihi).  Tetapi tidaklah dapat diketahui dengan pasti siapa penyusun atau penyalinnya.  Perkata sedemikian adalah lazim berlaku dalam karya sastera lama.  Walaubagaimanapun perkara berikut boleh diperhatikan untuk mengetahui latar belakang dan hubungkaitnya:

  1. Perkembangan Brunei yang pesat dalam abad ke 16 Masihi khasnya setelah wujudnya hubungan yang rapat di antara Brunie dengan Negeri Melaka semasa pemerintahan Sultan Bolkiah, Sultan Brunei ke 5 (sekitar 1485-1524) dan ayahndanya Sultan Sulaiman (1432-1485 Masihi)   seperti yang tertulis dalam buku Sejarah Melayu mengenai Tun Telani yang terdampar di pantai Brunei dalam pelayarannya ke Negeri China dan dia diperkenankan menghadap Sultan Brunei.  Serta cerita tentang kapal Adipati Suluk dari Brunei yang ditawan oleh Hang Tuah kerana dituduh mengganggu kapal Hang Tuah, kemudian Sultan Melaka memerintahkan supaya Putera Raja Brunei itu dihantar balik ke Brunei dengan selamatnya.  Sudah setentunya Brunei memerlukan suatu bentuk undang-undang yang bertulis bagi mengawal dan memandu urusan pemerintahannya, maka Hukum Kanun Melaka menjadi contoh dalam membuat undang-undang itu.
  2. Anthony Pigafetta yang melawat Brunei pada tahun 1521 Masihi mendapati bahawa Sultan Brunei pada masa itu sudah mempunyai jurutulis.  Ini menunjukkan pada masa itu bahkan sebelumnya orang Brunei sudah berkeupayaan menulis dan menyalin termasuklah menyalin Hukum Kanun Melaka
  3. Pada zaman Sultan Saiful Rizal, sultan Brunei ke 7 (sekitar 1533-1581 Masihi), Mahkamah Pengadilan berjalan dengan baik, dan orang yang bersalah dihukum menurut Hukum Kanun Brunei dan Hukum Resam, dan hal ini terjadi kepada Pengiran Bendahara Sakam.
  4. Seorang jurutulis Spanyol bernama Juan Ochoa Ttbudo (dikenali dengan nama Megat-China, seorang penduduk Belayan di Filipina yang hidup sezaman dengan Sultan saiful Rizal) menyatakan bahawa di Brunei telah ada naskhah al Quran pada masa itu.  Ini menunjukkan bahawa orang Brunei sudah pandai membaca al Quran dan berpandu dengan ajarannya.  Maka tidaklah hairan jikalau Hukum kanun Brunei itu dipengaruhi oleh ajaran Islam, disamping ia dipengaruhi juga oleh adat.
  5. Pada zaman pemerintahan Sultan Haassan (Sultan Brunei ke 9) hubungan Brunei dengan Pahang sangatlah erat disebabkan oleh perkahwinan Sultan Abdul Ghafur, Raja Pahang dengan Puteri Diraja Brunei, yang dipercayai adinda Sultan Hassan.  Pertolongan dari Brunei telah menyelamatkan Pahang daripada serangan Johor.  Ada kemungkinan Sultan hassanmenitahkan supaya disalin Undang-undang Pahang yang berasal daripada Undang-undang Melaka, ataupun Sultan Abdul Ghafur menghulurkan undang-undang  Pahang untuk disalin oleh Brunei.
  6. Berdasarkan fakta tadi menunjukkan yang Hukum kanun Brunei itu telah ada pada zaman pemerintahan Sultan Saiful Rizal.  Nampaknya Hukum Kanun Brunei itu telah digunakan untuk menghukum Pengiran Bendahara Sakam kerana dituduh melarikan isteri orang dalam majlis bersanding,  dan hukuman itu diampunkan oleh sultan berdasarkan Hukum Resam, iaitu permintaan atau rayuan berdasarkan permuafakatan pembesar negara, kata bidalan Melayu,”alah adat oleh muafakat”

Hukum kanun Brunei itu berjalan dan dipakai oleh Raja-Raja Brunei sehingga Brunei dinaungi oleh British pada tahun 1906.  Buktinya hubungan Brunei dengan Eropah telah wujud sejak abad ke 16 Masihi, dan dalam abad 17, 18 dan 19 Masihi Brunei semakin dikenali di Eropah dan dikunjungi oleh mereka antaranya ialah British.  Para pendatang British mengakui dalam catatan mereka akan berkuat kuasanya Hukum kanun Brunei itu, umpamanya Kaptan W.H.Treacher menyatakan bahawa kapal yang singgah di Brunei telah dinaiki pencuri, sebuah jam tangan emas dan sepucuk pistol telah hilang.  Perkara tersebut disembahkan kepada Sultan Brunei dan beberapa hari kemudian barang curian itu dikembalikan dan tiga orang yang terlibat dalam kes kecutian itu telah dipotong tangan mereka….

Advertisements

PPI – DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM

Islam itu sendiri membawa erti tunduk kepada tuntutan akidah, syariat dan akhlak Islam.

Miqdad Yalchin (1977) – Sebagai proses melaksanakan falsafah pendidikan Islam – Pembinaan, pembentukan dan pemasyarakatan

Ibrahim Hamdu –Satu gagasan konsep yang saling berkaitan dalam satu carta pemikiran berdasarkan beberapa prinsip nilai yang dibawa oleh Islam.

Al Qardhawi (1982) – Sebagai pendidikan bagi keseluruhan hidup termasuk akal dan hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkah laku.

Khurshid Ahmad (1975) – Sebagai satu latihan aqliah, jasmaniah dan ruhiyah bertujuan melahirkan manusia.

Langgulung Hassan (1979) – Membawa erti mengubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu dalam masyarakat melalui berbagai proses.

Al Tamimi (1985) – Sebagai satu perkara yang mampu memperbaiki kehidupan manusia dan mewujudkan keseimbangan peribadi seseorang insan.

Next Pendidikan Islam di Brunei

PPI-Tujuan Pendidikan Islam

Sbagai seorang muslim seharusnya mempunyai tanggongjawab un tuk membangun diri, masyarakat , alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan (al falah) di dunia dan kesejahteraan abadi serta mendapat keredaan Allah di akhirat.

Langgulung Hassan (1986) – Menegaskan bahawa segala usaha untuk membentuk watak manusia sebagai khalifah di bumi. Manusia mempunyai ciri istimewa seperti:

  1. Fitrah – Semula jadi manusia yang baik bersih daripada dosa
  2. Roh – Unsur-unsur yang membezakannya daripada makhluk lain
  3. kebebasan kemahuan – dapat menerima dengan kemahuannya sendiri dan amanah yang tidak dapat dilaksanakan oleh makhluk lain
  4. Akal – Membolehkannya membuat pilihan sama ada betul mahupaun salah

Haron Din dan Rakan-Rakan (1985) – Menyatakan Manusia sebagai khalifah adalah berkewajipan untuk memikul amanah yang telah diberikan oleh Allah Subahanahu Wata’ala.

 

PPI-Islam dan Pendidikan

Islam dan Pendidikan adalah merupakan satu perkara yang berkait rapat dalam kehidupan sebagai seorang muslim banyak juga pendapat mengenai perkara ini seperti :

Nik Aziz (1986) – Islam sebagai ad-din bukan satu agama yang difahami di barat – menyediakan panduan syumul-(Surah Al-An’am:38)

Turki Rabih (1982) – Islam ialah agama dan negara, akidah dan syariat – Matlamat membentuk peribadi manusia yang seimbang

Tujuan pendidikan berdasarkan Islam :

Nik Aziz (1986) –  Tujuan akhir pendidikan ialah membentuk insan yang bersih kongnitif, bersih personalitinya, bersih corak hidupnya, bersih emosinya, suci budi pekertinya dan murni pergaulan sosialnya..

Al Jundi (1975) – islam memahami pendidikan (Tarbiah) sebagai satu persedian Roha danjiwa seseorang unutk menerima pelajaran dan pengetahuan melalui cara yang dirancang.

Qutb Muhammad (1983) – Kualiti insan yang soleh ialah :

a. Manusia yang beriman kepada Allah

b. Manusia yang melakukan amal soleh

c. Manusia memiliki akhlak yang mulia

PPI-Definisi Pendidikan

Banyak serjana pendidikan mendefinisikan mengenai pendidikan antaranya ialah:

John Dewey – Proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa aqliah dan perasaan terhadap alam serta manusia

Dr John Park – Seni atau proses menyampaikan atau memperoleh ilmu pengetahuan dan tabiat melalui tunjuk ajar atau pengkajian

Prof H Home – Proses abadi bagi menyesuaikan diri manusia yang bebas, insaf serta dewasa kejasmanian dan fikirnanya dengan Tuhan – Ternyata dalam alam aqliah, perasaan dan kemahuan manusia

Langgulung Hassan (1987) – Sebagai satu Interaksi

Ibnu Jama’ah (1241-1331) – Tujuan asas pendidikan ialah membina akhlak dan jiwa –

Haron Din dan Sobri Salomon (1988) – Mencari ilmu bukanlah untuk mencari kehormatan, kekayaan dan kemasyhuran sehingga lupakan Tuhan

Ibnu Jama’ah – Dalam mencari Ilmu haruslah dijauhkan tujuan buruk atau jahat

 

PPI- Konsep Pendidikan Islam

Pendidikan dalam Islam mempunyai kedudukan yang suci dan penting sekali.  Ia menjadi sebahagian yang tidak dapat dipisahkan dari Islam dan merupakan satu Ibadat yang besar.  Sebermula turunnya ayat al-Quran kepada junjungan Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Waasalm juga mengarap manusia untuk membaca “iqra” , maknanya membawa mesej bahawa membaca itu adalah suatu pelengkap ilmu dalam pendidikan.

 

Wahyu ialah perintah dari ilahi kepada Rasulnya agar menyampaikan dan menyebarkan ajaran-ajaran, teguran-teguran dan apa saja masej yang disampaikan kepada seluruh umat manusia untuk diamalkan dan menjadi kompas kehidupan yang bahagian di dunia dan akhirat.

Pendapat

Zawawii Hj Ahmad (1988) – Memahami fenomena alam dan diri sendiri serta menghayati bahawa cara hidup yang baik adalah tergolong dalam prinsip akidah, ilmu dan amal.

Abud (1985) – Setiap individu mempelajari Ilmu fardhu ain dan fardhu Kifayah

Mohd Kamal Hassan (1981) – theology dan science suatu yang tidak bercanggah malah memerlukan diantara satu dengan yang lain.

Di dalam pendidikan ini, walaupun terdapat beberapa pembahagian ilmu seperti ilmu akidah, syariah dan akhlak, namun ia tetap berada dalam satu lingkaran konsep yang membawa keseimbangan antara akal dengan wahyu.

soon Definisi Pendidikan

HMJ_620pm

PPI- Perlu Dimantapkan di dalam minda kitani

Antara sub topik yang perlu dimantapkan di minda kitane insyallah lulus tah kitani nanti tu atau sekurang-kurang tejawab didalam peperiksaan yang akan berlangsung esk isnyallah 22 November 2010 jam 8 pagi

  1. KONSEP PENDIDIKAN ISLAM
  2. DEFENISI PENDIDIKAN
  3. ISLAM DAN PENDIDIKAN
  4. TUJUAN PENDIDIKAN ISLAM
  5. DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM MENGIKUT SERJANA PENDIDIKAN ISLAM
  6. DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM
  7. SUMBER PENDIDIKAN ISLAM
  8. ASAS PENDIDIKAN ISLAM
  9. FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
  10. KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
  11. HAKIKAT  FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
  12. CIRI-CIRI DAN SYARAT FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
  13. MATLAMAR PENDIDIKAN ISLAM
  14. MATLAMAT AKHIR PENDIDIKAN ISLAM
  15. MATLAMAT AKHIR
  16. MATLAMAT AM
  17. MATLAMAT KHAS

Ane tah antara tajuk2 yang perlu dikuasai dan dimantapkjan di dalam fikiran…kalau sudah semua hal di atas ane dapat di buktikkan isanyllah…

ALL DE BEST

SPN 21

SPN 21 adalah singkatan nama bagi Sistem Pendidikan
Negara Abad ke-21 yang telah diluluskan oleh Kementerian
Pendidikan. Sistem ini membawa beberapa perubahan besar
dalam pendidikan di negara ini.

Bila SPN 21 dilaksanakan?

Secara berperingkat-peringkat:

Peringkat peralihan (interim/transition stage) dilaksanakan

pada tahun 2008 bagi pelajar Tahun 7 (kumpulan pelajar

yang lulus PSR 2007)

Di peringkat rendah akan dilaksanakan pada tahun 2009

iaitu bagi pelajar Tahun 1 dan Tahun 4

Pelaksanaan SPN 21 sepenuhnya di peringkat rendah

pada tahun 2011

Kenapa sistem pendidikan perlu berubah?

Tujuan SPN 21 adalah untuk :

Memenuhi keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran

perkembangan pembangunan ekonomi dan sosial abad

ke-21

Merealisasikan Visi dan Misi Kementerian Pendidikan

Menyediakan kemahiran-kemahiran abad ke-21

Memenuhi tema-tema strategik sepertimana digariskan

dalam Pelan Strategik Kementerian Pendidikan (2007-

2011)

Rasional perubahan adalah berasaskan kepada:

Wawasan Brunei 2035

Menjelang 2035, kita berhasrat menjadikan Negara

Brunei Darussalam dikenali di seluruh dunia dengan:

Rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi

dan berjaya

Kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi

Ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan

Lapan (8) Hala Tuju Dasar dalam Strategi Pendidikan,

Wawasan Brunei 2035

Melaksanakan misi pendidikan dengan lebih sempurna

iaitu ’untuk memberikan pendidikan yang menyeluruh

bagi mencapai potensi yang penuh bagi semua’

Rujukan kepada sistem-sistem pendidikan dan kurikulum

luar negara

Mempertingkatkan pencapaian pelajar terutama dalam 3

mata pelajaran teras iaitu English Language, Mathematics

dan Science

Meningkatkan peratus kemasukan pelajar ke peringkat

pendidikan tinggi dari 14% hingga mencapai 30%

Menanai dan meningkatkan penguasaan pelajar dalam

Bahasa Melayu

Penyelidikan-penyelidik tempatan dan yang didatangkan

khusus dari luar negeri telah mengenalpasti ruangruang

khas yang memerlukan perubahan dalam Sistem

Pendidikan Negara

 

 

 

 

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA – PPI

DEFINISI

Untuk memahami apa itu falsafah, perkataan ‘falsafah’ berasal dari

bahasa Yunani yang terdiri dari dua perkataan iaitu felo bermakna

cinta, sementara sofia bermakna hikmat. Maka perkataan ‘falsafah’

bermakna ‘cinta hikmat’. Lalu perkataan ‘failasuf’ bermakna

‘pencinta hikmat’ (Lihat Dr. Muhammad Said Naim dan Dr.

‘Iwadhullah Hijazi, al-Falsafah al-Islamiyyah: 7).

Kamus Dewan memberi penerangan bahawa falsafah ialah

pengetahuan tentang pengertian-pengertian yang dianggap sebagai

ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar ilmu-ilmu lain. Berfalsafah

bermakna memikir secara mendalam tentang sesuatu (Dr. Teuku

Iskandar, 1984: 298).

‘Pendidikan’ dari akar kata ‘didik’ bererti pelihara, jaga (dengan

hati-hati), ajar. Mendidik bererti menjaga (memelihara dan

sebagainya) dan melatih (mengajar dan lain-lain) baik-baik (Dr.

Teuku Iskandar, 1984:262)

‘Negara’ ialah suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu

dan diperintah oleh sebuah kerajaan (Dr. Teuku Iskandar, 1984:792).

Dari pengertian di atas dapatlah dirumuskan bahawa ‘Falsafah

Pendidikan Negara’ itu ialah pengetahuan tentang pengertianpengertian

yang dianggap sebagai dasar pemikiran, mengenai perihal

pendidikan bagi negara kita Brunei Darussalam. Falsafah ini jika

dihayati dan dipraktikkan sepenuhnya nescaya akan dapat

melahirkan insan yang sempurna, berakhlak, berilmu, bertaqwa dan

berwibawa, serta dapat mewujudkan negara yang aman makmur,

maju sejahtera serta bahagia dan yang paling penting sekali bagi

menyelamatkan setiap individu sebagai hamba Allah, di dunia dan

di akhirat.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Pendidikan kebangsaan Negara Brunei Darussalam adalah usaha

yang berterusan bersumberkan ilmu naqli dan ‘aqli ke arah

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi

melahirkan insan yang berilmu, beriman, beramal, berkepandaian,

bertaqwa, amanah, bertanggungjawab serta berakhlak mulia. Segala

usaha ini akan mewujudkan masyarakat berilmu dan berwawasan

yang akan menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran

keluarga, masyarakat, negara dan sejagat serta menimbulkan suatu

identiti kebangsaan berdasarkan falsafah negara Melayu Islam

Beraja menurut Ahli Sunnah Waljama‘ah sebagai tapak

pertumbuhan dan pengukuhan ketaatan kepada agama, raja, dan

Negara Brunei Darussalam (Lihat Pencapaian dan Penilaian 20

Tahun Pendidikan 1984-2003 dan Perancangan 20 Tahun Akan

Datang 2004-2024, Kementerian Pendidikan, 2004: 8).

CUBA PENGETAHUAN TASAWWUR

Apa yang awda fahami mengenai “Tasawwur Islam” dan apakah faedah yang awda dapati daripada mempelajarinya
Bersetujukah awda dengan kenyataan berikut “Kebanyakan salah faham terhadap Islam berpunca daripada ketiadaan fahaman tasawwur yang tepat mengenai Islam” Bahaskan kenyataan ini
Agama Islam tidak dapat disamakan dengan fahaman agama bagi orang bukan Islam.  Islam pada hakikatnya adalah sebuah system kehidupan (a way of life).  Beri pendapat awda mengenainya
Islam bukan setakat upacara-upacara peribadatan tetapi ia juga menrangkumi tuntutan bermasyarakat dan bernegara.  Bahaskan
Penghayatan Islam sebenarnya adalah berasaskan ilmu.  Huraikan sumber, serta heiraki ilmu menurut epistemology Islam
Al Quran dan al-Sunnah adalah dua sumber hokum yang utama dalam Islam.  Di samping menjelaskan kedudukan al-Quran dan al-Sunnah, nyatakan serta beri huraian mengenai dua lagi sumber yang disepakati oleh ulama’ mu’tabar
Hasil daripada aktiviti kehidupan beragama umat Islam maka lahirlah tamadun.  Bincangkan cirri-ciri temadun menurut perspektif Islam dan nyatakan perbezaan yang terdapat pada temadun menurut perspektif bukan Islam
Salah satu factor utama yang mencetuskan tamadun ialah adanya tradisi ijtihad yang diamalkan oleh ilmuwan Muslim.  Bincangkan kenyataan ini dengan menyebutkan beberapa tokoh ilmuwan Islam dalam bidang masing-masing
Pelbagai kekeliruan timbul dalam memahami Islam disebabkan anasir dari luar seperti serangan gerakan sekularisme yang bertujuan mengelirukan umat Islam.  Tidak kurang juga terdapat anasir dalaman yang berpunca daripada kejahilan umat Islam sendiri.  Berikan pendapat awda berhubung dengan kenyataan ini.
Berikan maklumat lengkap mengenai dua contoh gerakan deislamisasi yang mengancam kelangsungan masa hadapan umat Islam