FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA – PPI

DEFINISI

Untuk memahami apa itu falsafah, perkataan ‘falsafah’ berasal dari

bahasa Yunani yang terdiri dari dua perkataan iaitu felo bermakna

cinta, sementara sofia bermakna hikmat. Maka perkataan ‘falsafah’

bermakna ‘cinta hikmat’. Lalu perkataan ‘failasuf’ bermakna

‘pencinta hikmat’ (Lihat Dr. Muhammad Said Naim dan Dr.

‘Iwadhullah Hijazi, al-Falsafah al-Islamiyyah: 7).

Kamus Dewan memberi penerangan bahawa falsafah ialah

pengetahuan tentang pengertian-pengertian yang dianggap sebagai

ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar ilmu-ilmu lain. Berfalsafah

bermakna memikir secara mendalam tentang sesuatu (Dr. Teuku

Iskandar, 1984: 298).

‘Pendidikan’ dari akar kata ‘didik’ bererti pelihara, jaga (dengan

hati-hati), ajar. Mendidik bererti menjaga (memelihara dan

sebagainya) dan melatih (mengajar dan lain-lain) baik-baik (Dr.

Teuku Iskandar, 1984:262)

‘Negara’ ialah suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu

dan diperintah oleh sebuah kerajaan (Dr. Teuku Iskandar, 1984:792).

Dari pengertian di atas dapatlah dirumuskan bahawa ‘Falsafah

Pendidikan Negara’ itu ialah pengetahuan tentang pengertianpengertian

yang dianggap sebagai dasar pemikiran, mengenai perihal

pendidikan bagi negara kita Brunei Darussalam. Falsafah ini jika

dihayati dan dipraktikkan sepenuhnya nescaya akan dapat

melahirkan insan yang sempurna, berakhlak, berilmu, bertaqwa dan

berwibawa, serta dapat mewujudkan negara yang aman makmur,

maju sejahtera serta bahagia dan yang paling penting sekali bagi

menyelamatkan setiap individu sebagai hamba Allah, di dunia dan

di akhirat.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Pendidikan kebangsaan Negara Brunei Darussalam adalah usaha

yang berterusan bersumberkan ilmu naqli dan ‘aqli ke arah

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi

melahirkan insan yang berilmu, beriman, beramal, berkepandaian,

bertaqwa, amanah, bertanggungjawab serta berakhlak mulia. Segala

usaha ini akan mewujudkan masyarakat berilmu dan berwawasan

yang akan menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran

keluarga, masyarakat, negara dan sejagat serta menimbulkan suatu

identiti kebangsaan berdasarkan falsafah negara Melayu Islam

Beraja menurut Ahli Sunnah Waljama‘ah sebagai tapak

pertumbuhan dan pengukuhan ketaatan kepada agama, raja, dan

Negara Brunei Darussalam (Lihat Pencapaian dan Penilaian 20

Tahun Pendidikan 1984-2003 dan Perancangan 20 Tahun Akan

Datang 2004-2024, Kementerian Pendidikan, 2004: 8).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s