MIB-Hukum Kanun Brunei

Kanun bermakna undang-undang, hukum  dan peraturan, Hukum kanun Brunei ialah salah satu panduan dalam menjalankan pemerintahan di Brunei.  Hukum Kanun Brunei dikatakan sudah terdapat dalam zaman pemerintahan Sultan Hassan, Sultan Brunei yang ke-9 (Sekitar 1582-1598 Masihi).  Tetapi tidaklah dapat diketahui dengan pasti siapa penyusun atau penyalinnya.  Perkata sedemikian adalah lazim berlaku dalam karya sastera lama.  Walaubagaimanapun perkara berikut boleh diperhatikan untuk mengetahui latar belakang dan hubungkaitnya:

  1. Perkembangan Brunei yang pesat dalam abad ke 16 Masihi khasnya setelah wujudnya hubungan yang rapat di antara Brunie dengan Negeri Melaka semasa pemerintahan Sultan Bolkiah, Sultan Brunei ke 5 (sekitar 1485-1524) dan ayahndanya Sultan Sulaiman (1432-1485 Masihi)   seperti yang tertulis dalam buku Sejarah Melayu mengenai Tun Telani yang terdampar di pantai Brunei dalam pelayarannya ke Negeri China dan dia diperkenankan menghadap Sultan Brunei.  Serta cerita tentang kapal Adipati Suluk dari Brunei yang ditawan oleh Hang Tuah kerana dituduh mengganggu kapal Hang Tuah, kemudian Sultan Melaka memerintahkan supaya Putera Raja Brunei itu dihantar balik ke Brunei dengan selamatnya.  Sudah setentunya Brunei memerlukan suatu bentuk undang-undang yang bertulis bagi mengawal dan memandu urusan pemerintahannya, maka Hukum Kanun Melaka menjadi contoh dalam membuat undang-undang itu.
  2. Anthony Pigafetta yang melawat Brunei pada tahun 1521 Masihi mendapati bahawa Sultan Brunei pada masa itu sudah mempunyai jurutulis.  Ini menunjukkan pada masa itu bahkan sebelumnya orang Brunei sudah berkeupayaan menulis dan menyalin termasuklah menyalin Hukum Kanun Melaka
  3. Pada zaman Sultan Saiful Rizal, sultan Brunei ke 7 (sekitar 1533-1581 Masihi), Mahkamah Pengadilan berjalan dengan baik, dan orang yang bersalah dihukum menurut Hukum Kanun Brunei dan Hukum Resam, dan hal ini terjadi kepada Pengiran Bendahara Sakam.
  4. Seorang jurutulis Spanyol bernama Juan Ochoa Ttbudo (dikenali dengan nama Megat-China, seorang penduduk Belayan di Filipina yang hidup sezaman dengan Sultan saiful Rizal) menyatakan bahawa di Brunei telah ada naskhah al Quran pada masa itu.  Ini menunjukkan bahawa orang Brunei sudah pandai membaca al Quran dan berpandu dengan ajarannya.  Maka tidaklah hairan jikalau Hukum kanun Brunei itu dipengaruhi oleh ajaran Islam, disamping ia dipengaruhi juga oleh adat.
  5. Pada zaman pemerintahan Sultan Haassan (Sultan Brunei ke 9) hubungan Brunei dengan Pahang sangatlah erat disebabkan oleh perkahwinan Sultan Abdul Ghafur, Raja Pahang dengan Puteri Diraja Brunei, yang dipercayai adinda Sultan Hassan.  Pertolongan dari Brunei telah menyelamatkan Pahang daripada serangan Johor.  Ada kemungkinan Sultan hassanmenitahkan supaya disalin Undang-undang Pahang yang berasal daripada Undang-undang Melaka, ataupun Sultan Abdul Ghafur menghulurkan undang-undang  Pahang untuk disalin oleh Brunei.
  6. Berdasarkan fakta tadi menunjukkan yang Hukum kanun Brunei itu telah ada pada zaman pemerintahan Sultan Saiful Rizal.  Nampaknya Hukum Kanun Brunei itu telah digunakan untuk menghukum Pengiran Bendahara Sakam kerana dituduh melarikan isteri orang dalam majlis bersanding,  dan hukuman itu diampunkan oleh sultan berdasarkan Hukum Resam, iaitu permintaan atau rayuan berdasarkan permuafakatan pembesar negara, kata bidalan Melayu,”alah adat oleh muafakat”

Hukum kanun Brunei itu berjalan dan dipakai oleh Raja-Raja Brunei sehingga Brunei dinaungi oleh British pada tahun 1906.  Buktinya hubungan Brunei dengan Eropah telah wujud sejak abad ke 16 Masihi, dan dalam abad 17, 18 dan 19 Masihi Brunei semakin dikenali di Eropah dan dikunjungi oleh mereka antaranya ialah British.  Para pendatang British mengakui dalam catatan mereka akan berkuat kuasanya Hukum kanun Brunei itu, umpamanya Kaptan W.H.Treacher menyatakan bahawa kapal yang singgah di Brunei telah dinaiki pencuri, sebuah jam tangan emas dan sepucuk pistol telah hilang.  Perkara tersebut disembahkan kepada Sultan Brunei dan beberapa hari kemudian barang curian itu dikembalikan dan tiga orang yang terlibat dalam kes kecutian itu telah dipotong tangan mereka….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s