Interaksi – Pedagogi

BAGAIMANA MEMBENTUK INTERAKSI DI BILIK DARJAH
1. Gaya kepimpinan guru
Untuk membentuk interaksi yang berkesan.

Gaya pengurusan dan kepimpinan demokratik perlu diamalkan.

i. Boleh mewujudkan interaksi dua hala yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dan murid, dan di antara murid dengan nurid.
ii. Mengurangkan rasa tegang di kalangan murid.
iii. Sentiasa mendorong murid untuk bersoal jawab, mengeluarkan pendapat mereka
iv. Berinteraksi di antara satu sama lain
v. Melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti kumpulan yang di rancangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Strategi pengajaran dan pembelajaran
• Terdapat beberapa pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang kesan secara langsungnya ialah menggalakkan dan memerlukan murid berinteraksi
• Di antara kaedah-kaedahnya ialah kaedah kumpulan, seperti pembelajaran koperatif, perbincangan , sumbangsaran dan laian-lain.
• Strategi yang :
 Berpusatkan murid
 Banyak menggunakan teknik menyoal
 Banyak aktiviti kumpulan

Boleh mumbuka peluang untuk murid berinteraksi

• Proses berinteraksi yang betul perlu diajar oleh guru supaya:
 Wujud interaksi yang sihat
 Murid tahu cara menyuarakan pendapat, mengkritik dan
 Murid mengetahui cara menjadi pendengar yang baik
3. Mewujudkan suasana yang kondusif
o Cara penyusunan perabot dalam bilik darjah boleh mempengaruhi cara interaksi di dalam bilik darjah.
o Susun atur kerusi meja secara traditional tidak dapat meningkatkan interaksi murid dengan guru, begitu juga di antara murid dengan murid.
o Interaksi pelajar boleh diwujudkan melalui:
i. Susun atur meja dan perabot yang baik iaitu cara mudah alih yang membolehkan murid duduk dalam kumpulan menghadap satu sama lain ketika kumpulan diperlukan.
ii. Suasana dalam bilik darjah yang ceria, penuh dengan maklumat, bersih, kemas, teratur dan selesa
iii. Melalui gambar, penulisan-penulisan, poster, carta juga murid secara tidak langsung berhubung dengan guru.

o Suasana yang kondusif terhadap interaksi juga boleh diwujudkan melalui:

Contoh tauladan daripada guru-guru, dan kakitangan sokongan sekolah

Dengan cara:
 Mengamalkan sikap keterbukaan
 Saling menghormati
 Berkomunikasi dengan baik

4. Reach Out
• Tidak semua individu sanggup atau berkebolahan untuk berinteraksi dengan orang lain.
Oleh kerana itu memerlukan

Guru untuk mengamalkan sikap reach out iaitu pergi kepada murid-murid tersebut untuk melatih dan mendorong mereka untuk bekerjasama.
• Guru perlu menyedari akan pelbagaian di dalam diri setiap muridnya.Dimana terdapat murid yang pemalu, pendiam dan sentiasa menarik diri.

Guru perlu meningkatkan atau sentiasa berinteraksi di dalam atau diluar bilik darjah
5. Penggunaan alat bantu mengajar
• Alat bantu mengajar yang digunakan dengan berkesan:
 Mempercepatkan kefahanman murid
 Ia juga akan mencungkil minat dan naluri ingin tahu murid.

Murid lebih cenderung untuk bertanya dan mengambil yang aktif

Interaksi di antara guru dengan murid memang akan terdorong

KOMUNIKASI
DEFINISI KOMUNIKASI
 Mengadakan perhubungan ( bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat dan lain-lain (kamus dewan)
 Menurut highet, komunikasi ialah pemancaran maklumat atau idea daripada pemikiran orang yang pemikiran orang lain
 Satu proses yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat(mesej)di antara dua pihak iaitu penghantar dan penerima
 Abram(1986)komunikasi adalah proses berterusan yang melibatkan pemindahan maklumat daripada sumber kepada penerima dan ada maklum balas di antara kedua-duanya

JENIS-JENIS KOMUNIKASI
1. KOMUNIKASI SECARA LISAN
• Melibatkan proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan daripada seseorang indivudu kepada seseorang indivudu atau sekumpulan pendengar.
• Di dalam bilik darjah guru biasanya memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan murid-murid sebagai pendengar atau penerima maklumat.

Guru berkomunikasi secara lisan

Untuk membantu penguasaan dan pemahaman pengetahuan ,kemahiran, prosedur dan sikap dalam bilik darjah

Dikatakan berkesan apabila maklumat atau idea diterima oleh murid-murid dengan jelas dan mudah di fahami.

Suara guru hendaklah jelas, kuat dan lantang

Perkataan-perkataan yang digunakan hendaklah ringkas dan mudah difahami oleh murid-murid

2. Komunikasi secara bukan lisan
 Komunikasi secara bukan lisan ialah penyampaian mesej melalui gerak isyarat, seperti tangan, gerak kepala, mimik muka, senyuman dan sebagainya.
 Senyuman guru boleh bertujuan memberi peneguhan terhadap jawapan pelajar yang betul.
 Angukkan kepala menunjukkan guru setuju terhadap pendangan atau jawapan pelajar yang betul

KEPENTINGAN KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH
1. Sebagai saluran penyelesaian konflik didalam bilik darjah
2. Memberi ruang melahirkan pendangan dan pendapat
3. Dapat mewujudkan pengaliran maklumat yang berkesan
4. Membolehkan guru mendapat maklum balas mengenai perkembangan yang berlaku di dalam bilik darjah
5. Membantu perkembangan kreativiti bilik darjah
6. Dapat membina pelbagai kemahiran dan perkembangan pelajar
7. Dapat membantu meningkatkan kecakapan pengurusan
8. Mencorakkan kemahiran dan kecakapan pengajaran guru
9. Komunikasi yang cekap dan berkesan dapat meningkatkan mutu pengajaran guru.

Gangguan komunikasi dan cara mengatasinya
1. Kebisingan.
 Kebisingan adalah factor utama yang mengurangkan keberkesanan proses komunikasi.
 Kebising yang kuat, menyukarkan guru dalam menyampaikan pelajaran supaya jelas didengar oleh murid-murid.
Cara mengatasi:
 Guru hendaklah menggunakan komunikasi bukan lisan dan menunggu murid-murid berhenti membuat bising sebelum meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
2. Kurang pengalaman mengajar
 Guru yang kurang pengalaman mengajar mungkin akan dipandang rendah oleh muridnya,

Ini boleh menjejaskan komunikasi berkesan berlaku.

Cara mengatasi :
i. Melalui pembacaan.
ii. Mengikuti kursus dalam perkhidmatan.
iii. Mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada guru yang berpengalaman.

3. Hubungan guru – murid yang kurang baik atau kurang mesra.

 Ini mungkin disebabkan cara guru mengawal disiplin muridnya dengan cara kuku besi.
 Murid sentiasa merasa bimbang, takut dan gelisah,
 Dan interaksi dua hala di antara guru dengan murid tidak dapat diwujudkan.

Cara mengatasi:
 Guru menukar corak pengurusan kepada kepimpinan demokratik.
 Perhubungan guru dengan murid akan bertambah baik dan mesra.
 Komunikasi berkesan akan berlaku.

4. Emosi yang kurang baik.

Marah, kecewa , bosan, gelisah

Boleh mengganggu keberkesanan prosess komunikasi.

Cara mengatasi:

 Guru hendaklah menyampaikan pelajaran dengan cara yang menarik yang boleh menimbulkan minat murid untuk belajar.

 Gunakan kaedah seperti, kaedah kumpulan, kaedah main, kaedah bercerita adalah sesuai digunakan.

5. Suasana bilik darjah yang kurang kondusif.

Boleh menjejaskan komunikasi berkesan berlaku.

Cara mengatasi:

Bilik darjah

i. Dilengkapi dengan kerusi meja yang disusun dengan ruang yang selesa serta cukup untuk bergerak,

ii. Tingkap dan pintu dibuka untuk membolehkan cahaya dan udara masuk dan beredar.

iii. Kebersihan dan keindahan bilik darjah juga boleh menimbulkan perasaan selesa dan gembira.

Masalah-masalah komunikasi dalam bilik darjah.

1. Kritikan
 Guru yang sentiasa mengkritik murid boleh menimbulkan halangan kepada komunikasi.
 Kritikan guru akan menyebabkan murid-murid untuk memilih dengan mendiamkan diri sahaja.

2. Melebal murid
 Guru yang melebal murid dengan pelbagai nama seperti ‘si malas’, ‘kaki ponteng’ dan sebagainya memang menimbulkan satu halangan kepada komunikasi.

 Murid akan lebih selamat jika mereka tidak bercakap.

3. Memberi Arahan
 Arahan yang diberi guru dengan cara memaksa murid untuk membuat sesuatu tugasan boleh menghalang komunikasi

4. Ancaman
 Guru yang mengancam murid-murid dengan memberi berbagai-bagi amaran jika tidak menyiapkan sesuatu tugasan, tidak akan menggalakkan komunikasi terbuka

5. Memek muka
 Memek muka guru yang serius atau kelihatan marah akan menakutkan murid untuk bertanya atau memberi jawapan.

 Guru yang sentiasa bermasam muka tidak boleh mengharapkan penyertaan kelas yang baik.

6. Kekurangan perhatian
 Guru yang sentiasa duduk di mejanya dan kurang menunjukkan perhatian yang baik terhadap jawapan murid secara tidak langsung mewujudkan halangan kepada komunikasi.

7. Bahasa
 Guru yang menggunakan bahasa yang sukar difahami oleh murid-murid boleh menyebabkan komunikasi efektif tidak berlaku

8. Kelajuan

 Guru yang bertukar dengan kadar yang laju sukar difahami oleh murid dan murid juga tidak dapat mengikuti logic penerangan yang diberi guru.
 Guru seperti ini tidak peka kepada maklum balas daripada murid-muridnya

9. Kekurangan persediaan

 Persediaan yang kurang rapi boleh menyebabkan kekeliruan ketika penyampaian pelajaran dijalankan.

 Idea-idea tidak tersusun mengikut prinsip seperti senang kepada susah, dari yang diketahui kepada yang belum diketahui.

 Keadaan ini menyebabkan murid-murid tidak dapat menerima mesej dengan jelas, dalam hal ini komunikasi berkesan tidak berlaku.

10. Aktiviti pembelajaran kurang menarik
 Jika aktiviti pembelajaran yang disediakan guru yang kurang menarik, membosankan, murid-murid

Cara-cara mengatasi masalah komunikasi dalam bilik darjah

1. Pastikan keadaan bilik darjah senyap ketika guru menyampaikan pelajaran.
 Ini membolehkan setiap murid mendengar dengan mudah serta jelas. Selepas itu barulah murid-murid digalakkan untuk bertanya.

2. Elakkan daripada mengkritik idea murid yang kurang tepat.
 Cuba baiki jawapan yang dianggap kurang sesuai.

3. Elakkan daripada melabel murid dengan kata-kata berbentuk negative.
 Melalui cara ini, murid akan bertambah yakin untuk mengemukakan hujah-hujah.

4. Galakkan perundingan.
 Murid bertendesi untuk memberontak jika guru memberi arahan.

 Masalah komunikasi akan dapat diketepikan apabila murid-murid diajak berunding

5. Tunjukkan memek muka yang berseri ketika murid sedang cuba menjawab atau menyoal.
 Keadaan seperti ini mewujudkan suasana yang selesa bagi murid yang menyertai perbincangan.

6. Berikan perhatian penuh ketika murid sedang menjawab atau menyoal.
 Perhatian penuh guru akan mendorong murid untuk terus berinteraksi dengan guru.

7. Guru hendaklah bertutur dalam bahasa yang sesuai dengan kebolehan murid.
 Ini akan memudahkan pemahaman murid terhapad konsep-konsep yang disampaikan oleh guru.

8. Kadar pertuturan guru hendaklah sejajar dengan penguasaan bahasa murid-murid.
 Bagi murid-murid yang lemah, kadar pertuturan guru hendaklah dikurangkan.

Amalan komunikasi berkesan dalam bilik darjah

1. Guru hendaklah bersikap positif dan membentuk kepercayaan terhadap murid-murid. Kepercayaan seperti ini akan mendorong lagi komunikasi dua hala.

2. Guru hendaklah bersifat ramah dan mesra. Dalam keadaan yang mesra, murid-murid berasa selesa ketika hendak bertukar-tukar pendapat dengan gurunya.

3. Tunjukkan penghormatan terhadap pendapat atau pandang murid. Ini akan mendorong murid-murid mengemukakan hujah-hujah mereka.

4. Guru hendaklah berfungsi sebagai pendengar yang aktif.

Dia hendaklah mendengar masalah atau soalan yang dikemukan oleh murid.Dengan ini komunikasi dua hala adalah terjamin.

5. Tunjukkan memek muka yang berseri.
Kadaan ini akan menggalakkan penyertaan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Suasana yang mesra sentiasa menggalakkan komunikasi dua hala.

6. Gunakan bahasa yang mudah difahami.

Elakkan daripada istilah yang susah.

7. Guru hendaklah bertutur dengan jelas

Intonasi suara hendaklah berubah-ubah agar kebosanan tidak timbul

8. Idea penting dan aspek-aspek utama isi pelajaran hendaklah tegaskan.

Amalan ini akan memudahkan pemahaman murid-murid

9. Guru hendaklah bersemangat tinggi dalam penyampaiannya.

 Komunikasi berkesan memerlukan kegiatan fizikal dan lisan yang aktif.

 Dengan cara ini, minat dan perhatian murid akan dapat ditimbulkan.

10. Gunakan pergerakan fizikal, gerak isyarat dan memek muka ketika menjelaskan sesuatu.

Cara ini akan memudahkan pemahaman murid di samping menimbulkam minat.

11. Kekalkan kontak mata dengan murid-murid.

Ketika member penjelasan, guru hendaklah menghala ke arah murid dan bukan ke papan hitam.

Arah pandangan guru hendaklah berubah dan bukan ditumpukan pada sekelompok murid sahaja.

12. Galakan murid memberi idea atau pandangan

Penglibatan aktif murid dalam pengajaran dan pembelajaran akan menjamin keberkesanan komunikasi dalam bilik darjah

13. Ketika berinteraksi, gunakan nama murid.

Sebutkan nama seperti “ahmad”, “ah seng” atau “devi” dan bukan “kamu” atau “awak”

Murid-murid akan berasa mereka dihormati
Kesimpulan

Perhubungan atau kemunikasi boleh berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid sesama murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut , kasih saying , hormat menghormati , sabar dan berdisiplin.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“ Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang yang lebih tua maka ia bukan dari golongan kami” (Riwayat Al- Bukhari )

“sesungguhnya allah menyukai sikap berlemah lembut dalam semua hal.”( Riwayat Al-Bukhari)

“tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam suatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenangi.”( Riwayat Al-Tabarani)

MD RIJAL – 10DT 054 (Sy)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s