HADITH HASSAN

HADITH HASSAN

Hadith Hassanterbahagi kepada 2 kategori:

Hassan Lidhatih / Hassan Lighairih.

SYARAT HADITH HASSAN

Sesebuah Hadith Hassan itu mempunyai syarat-syarat berikut :

1. Periwayatnya bersifat adil
2. Perawinya bersifat Tsabit (walaupun tidak mencapai teraf tsabit hadith Sahih)
3. Sanadnya bersambung dari awal hingga akhir riwayat.
4. Tidak berlaku sebarang syaz atau kejanggalan
5. Tidak ada sebarang ‘illah padanya, iaitu tidak cacat.

KEDUDUKAN HADITH HASSAN

Menurut pendapat ulama, kedudukan dan beramal dengan hadith Hassan adalah sebagaimana berikut;

1. Menurut pendapat majoriti Ahli Hadith, wajib beramal dengan Hadith Hassan. Berhujah dengan Hadith Hassan Lizatih dan Hassan Lighayrih sama dengan Hadith Sahih. Untuk itu, keududkannya adalah sama seperti Hadith Sahih tetapi, darjat perawinya tidak mencapai darjat perawi Hadith Sahih.

Hal itu kerana ia berbeza dengan Hadith Sahih dari aspek ketsabitan perqwinya yang berekurang sedikit dan kekuatan hujahnya sahaja kurang berbanding Hadith Sahih.

PENGERTIAN HASSAN MENURUT AT TURMIZI

Abu Isa At Turmizi merupakan orang pertama yang membahagikan hadith kepada : Sahih, Hassan dan Da’if. Ibn Taymiyyah di dalam kitabnya : Majmu’ Al Fatwa mengakuinya tetapi takrif Hassan yang dimaksudkan oleh At Turmizi ialah Hassan Lighayrih.

At Turmizi membuat pengertian ini dalam kitabnya al ‘ilal :

Katanya :

كل حديثٍ يُروي لايكُون في إسنَادهِ من يتهَمُ بِالكذَبِ وَلاَ يَكٌونُ الحديْثُ شادّا ويُرويْ مِنْ غير وجْهٍ نحْوَ ذاكَ فَهُوَ عنْدناَ حديث حسن.

Maksudnya:
Setiap hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang tidak dituduh dusta. Hadithnya tidak syaz dan hadith ini turut diriwayatkan melalui rantaian sanad yang lain seumpama itu, pada pendapat kami hadith dikategorikan sebagai Hassan (iaitu Hassan Lighayrih).

HADITH MARDUD

Hadith Da’if – Dari sudut bahasa ialah lemah, lawan kepada kuat. Manakala menurut istilsh Ahli Hadith, Ibn Al Salah mentakrifkan; Setiap hadith yang tidak menepati syarat-syarat hadith Sahih juga syarat-syarat hadith Hassan.

Ia adalah hadith yang gugur satu atau lebih syarat-syarat Maqbul.

SEBAB HADITH DA’IF LEMAH SUDUT HUJAH

Sebab-sebab yang menyebabkan hadith itu lemah ialah:

1. Tidak cukup syarat-syarat Sahih, Seperti : Perawinya Pendusta, Fasiq dan bid’ah.

2. Terdapat kecacatan atau ‘ilat, seperti: Perawinya mudallis, majhul dan mubham

3. Periwayatnya kurang tsabit, seperti: Perawi selalu melakukan kesilapan, kesalahan, seorang yang pelupa dan melakukan penyelewengan pada hadith.

4. Sanadnya tidak bersambung, seperti: Gugur seorang atau lebih perawi dalam rangkaiannya, gugur perawi dalam kalangan sahabat atau Tabi’in, perawinya majhul dan lainnya.

5. Terdapat kejanggalan atau syaz, seperti : Matan yang menyalahi matan riwayat perawi thiqah yang lain atau dalam rangkaian sanadnya terdapat perawi yang sepatutnya tidak ada di dalam rangkaian sanad perawi thiqah yang lain.

BAHAGIAN HADITH DA’IF

Hadith da’if yang tidak menepati syarat Maqbul dapat diklasifikasikan kepada beberapa jenis, sebagaimana berikut:

1. Sanad tidak bersambung, Mu’allaq, Munqati’, Mu’dal, Mursal dan Mudallas

2. Gugur syarat adil, Maudu’, Matruk, Munkar, Mubham

3. Gugur syarat tsabit : Mudraj, Maqlub,Mudtarib, Musahhaf dan Muharraf

4. Syaz : Hadith Syaz

5. Ada kecaatan L Hadith Mu’allal

Secara keseluruhannya, hadith da’if terbahagi kepada lebih 40 jenis hadith yang boleh disimpulkan kepada 2 faktor pokok :

1. Perawi Gugur – Sama ada seorang atau lebih dalam sesebuah rangkaian sanad – Perawi gugur secara jelas dan perawi gurur tersembunyi

2. Tuduhan terhadap perawi – Ia terbahagi kepada 2 kategori

a. Tuduhan terhadap tsabit perawi iaitu 5 tuduhan

i. Kesilapan yang besar (Hadith Munkar)

ii. Banyak lupa (Hadith Munkar)

iii. Ragu-Ragu atau syak, menyalahi perawi thiqah lain: Ubah gaya sanad (Mudraj al Isnad), campur aduk Mawquf dengan Marfu’ (Mudraj al Matan, Tukar susunan matan atau sanad (Maqlub), tukar perawi asal dengan perawi lain (Mudtarib), mengubah baris (Muharraf), mengubah tanda noktah (Musahhaf).

iv. Hafalan yang tidak baik : Sengaja (Syaz)

b. Tuduhan terhadap keadilan perawi. Ia ada 5 tuduhan :

i. Tuduhan berdusta, fasiq, bid’ah, jahil (Hadith Matruk)

ii. Berdsta, fasiq, bid’ah jahil (Hadith Maudu’)

HMJ08

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s