KLASIFIKASI HADITH

Ulama Hadith mengklasifikasikan Hadith Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasalam dari ilmunya kepada 3 bahagian utama:

1. Hadith berdasarkan sifat perawi.
2. Hadith berdasarkan sanad terakhir sebelum matan.
3. Hadith berdasarkan jumlah pawi.

HADITH BERDASARKAN SIFAT PERAWI

Hadith yang diketigorikan dari aspek sifat peerawinya dibahagikan kepada 2 iaitu :
1. Maqbul dan
2. Mardud

HADITH MAQBUL – Ada 2 jenis iaitu – Sahih dan Hassan dan diantara keduanya terdapat ( Lidhatih dan Lighayrih)

HADITH MAQBUL – Ialah hadith yang boleh digunakan sebagai hujah. Sebaliknya, Hadith Mardud ialah hadith yang tidak kuat dan tidak mantapuntuk digunakan sebagai hujah.

Hadith maqbul secRa khususnya dibahagikan kepada 2 iaitu Sahih dan Hasan.

HADITH SAHIH

Dari sudut bahasa – Bermaksud Sihat, tidak sakit ( asalnya sihat ini adalah digunakan untuk badan, namun dalan konteks ini ia dipinjam untuk makna hadith dari sudut bahasa secara isti’arah tarbi’iyyah atau majaz.

Dari sudut istilah agama ialah – Hadith ini memounyai silsilah sanad yang bersambung dan diwakili oleh para perawinya yang adil, tsabit (baik pemeliharannya, daik dari sudut penulisannya atau hafalannya), tidak janggal dan tidak ada kecacatan yang boleh merosakkan riwayat tersebut.

TINGKAT KESAHIHAN

1. Kitab yang mengandungi hadith yang telah disepakati kesahihannya oleh Al Bukhari dan Muslim (muttafaq ‘alayh)
2. Kitab yang mengandungi hadith riwayat al Bukhari sahaja
3. Kitab yang mengandungi hadith riwayat Muslim sahaja.
4. Kitab yang mengandungi hadith sahih yang menepati syarat-syarat al Bukhari dan Muslim tetapi tidak dimasukkan ke dalam sahih mereka.
5. Kitab yang mengandungi hadith sahih yang menepati syarat-syarat al Bukhari sahaja tetapi tidak dimasukkan ke dalam sahihnya.
6. Kitab yang mengandungi hadith sahih yang menepati syarat-syarat Imam Muslim tetapi tidak dimasukkan ke dalam sahihnya.
7. Hadith terwebut bertaraf sahih menurut pandangan ulama selain mereka yang tidak menurut syarat Imam al Bukhari dan Imam Muslim

SYARAT KESAHIHAN HADITH

Untuk menentukan kesahihan sebuah hadith, secara dasarnya ia perlu menepati syarat-syarat berikut :

1. Rangkain sanad bersambung
2. Keadilan perawi
3. Penjagaan yang baik
4. Tidak janggal
5. Tiada kecacatan

HUKUM BERAMAL DENGAN HADITH SAHIH

hukum bereamal dengan hadith sahih adalah wajib. Ulama sepakat menerima hadith sahih lighairih, kerana tiada sebarang ‘illah atau syaz. Jesteru, ia adalah sama dengan hadith Hassan Lizatih. Iaitu hadith yang memenuhi syarat hadith sahih secara keseluruhannya, kecuali para pawi ya. Iaitu semua atau sebahagiannya kurang dari sudut ketsabitan dan keadilannya.

Orang pertama berusaha menyusun hadith-hadith sahih ialah Imam Al Bukhari dan diikuti oleh Imam Muslim di dalam kitab mereka yang bernama Sahih Al Bukhari dan Sahih Muslim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s