KESAN KEPIMPINAN AUTOKERATIK

Kesan kepimpinan Autokratik

Interaksi Guru dengan murid – Interaksi Sehala
Guru hanya memberi arahan dan murid hanya mendengar dan mengikut sahaja
Murid tidak akan diberi peluang untuk menyuarakan pendapat atau memberi cadangan

Kesan Interaksi sehala ini terhadap pembelajaran
Murid menjadi pasif
Murid berasa tegang, bimbang, cemas, tidak tenang, takut, tidak berani bertanya, duduk diam, hanya mendengar dan menerima apa saja dari guru
Murid tidak akan menggunakan daya fikiran mereka untukmemikirkan apa yang sedang di pelajari

Interaksi di antara murid dengan murid
Terbantut dan tidak digalakkan kerana peluang-peluang untuk berhubung antara mereka tidak ada dan tidak dirancangkan
Jika berlaku interaksi antara murid dengan murid, ia akan dianggap menyalahi peraturan kelas dan kurang sopan
Semangat kerjasama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dipupuk dan disenai

Kepimpinan autokratik boleh digunakan dalam situasi tertentu sahaja
Mengajar murid-murid yang kurang matang atau bermasaalah
Guru dalam keadaan terdesak untuk membuat sesuatu keputusan
Menyudahkan aktiviti atau sukatan pelajaran yang telah ditetapkan

KESAN KEPIMPINAN DEMOKRATIK
Mewujudkan interaksi dua hala dan pelbagai hala
Interaksi di antara guru dengan murid-murid adalah berbentuk dua hala
Murid dengan cergas boleh bertindakbalas terhadap aktiviti pengajaran guru
Murid merasa dirinya dihargai, senang memberi pendapat, boleh bersoaljawab kerana guru bersedia melayan dan menerima pendapat mereka.

Kesan terhadap pembelajaran
Proses P&P menjadi lebih aktif [pelajar sering bertindakbalas & respon dengan idea-idea guru dan murid lain]
Sikap kerjasama, sikap toleransi dalam menerima dan memberi cadangan dan pendapat sering ditekankan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih aktif menyeronokkan dan menarik
Keberkesanan pembelajaran dapat dipertingkatkan kerana murid-murid berani mengemukakan soalan

Kemahiran bersosialisasi murid juga akan meningkat kerana mereka sentiasa berinteraksi dengan murid-murid lain serta guru.

Mengajar murid untuk mendengar dan memahami pendapat dan perasaan individu lain, serta mereka akan menjadi lebih bersabar dan bertoleransi

Kepimpinan demokratik sesuai untuk :
Pelajar-pelajar yang Matang
Melatih murid yang kurang matang dalam membentuk keyakinan diri dalam memberi pendapat, cadangan dan bersuara dalam kumpulannya

Kesan kepimpinan Laissez-Faire

Interaksi guru dengan murid-murid adalah kurang kerana guru kurang mengambil inisiatif melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Interaksi di antara murid dengan murid meningkat kerana mereka diberi kebebasan sepenuhnya dalam apa sahaja aktiviti pembelajaran

Hubungan murid dengan murid lebih erat dan mesra

Semangat kerjasama, sifat berdikari dapat dipupuk dengan baik

Interaksi yang terlalu bebas boleh menimbulkan masalah disiplin yang akan menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Murid-murid yang kurang matang akan merasa serba salah dan tidak tahu apa aktiviti yang patut dilaksanakan di bilik darjah.

Banyak masa terbuang begitu sahaja dan keadaan bilik darjah yang terlalu ‘longgar’ akan mewujudkan interaksi maksimum antara pelajar.
Oleh sebab kurang peraturan, interaksi yang terlalu bebas boleh menimbulkan masalah disiplin

KEPIMPINAN LAISSEZ-FAIRE SESUAI UNTUK:
Pelajar yang matang

KAITAN KEPIMPINAN DENGAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 Untuk mencapai keberkesanan kepimpinan dan proses pengajaran dan pembelajaran, seorang guru itu hendaklah:
1. Mampu memenuhi beberapa ciri seperti amanah, adil, berdedikasi, bertanggungjawab, berdaya usaha dan berperibadi mulia.
2. Mengenal pasti iklim bilik darjah dan disiplin murid-murid.
3. Amalkan sikap kepimpinan demokratik tapi perlu dinilai kepada kesesuaiannya
4. Mengelola banyak aktiviti kumpulan.
• Dengan cara ini guru dapat mewujudkan interaksi yang baik dan dapat menjadikan murid-murid aktif dalam proses pembelajaran.
5. Menggunakan kaedah menyoal.
• Cara ini tidak secara langsung dapat menonjolkan sifat seorang pemimpin.
6. Menggunakan percakapan atau bahasa yang sesuai.
• Percakapan dan bahasa yang digunakan sangat mempengaruhi sesuatu kepimpinan kerana melaluinya seorang pemimpin itu dapat dinilai.
7. Sentiasa dinamik iaitu sentiasa berusaha atau berkemampuan membuat dan mendatangkan pembaharuan serta kemajuan.
8. Harus dapat meninggalkan kesan atau dapat melihat keberkesanan kepada yang diperintah.
9. Perhubungan di antara guru dan murid berdasarkan ‘sense of belonging’.
10. Dapat memberikan contoh yang baik dan mementingkan kualiti.
11. Dapat mencorak interaksi dan komunikasi yang baik serta berkesan di antara guru dan murid dalam aspek pengajaran, pembelajaran mahupun sosial.
 Gaya kepimpinan seorang guru yang baik juga ialah kepimpinan ‘Tegas Tapi Lembut’.
 Diantara ciri-ciri seorang pemimpin yang ‘Tegas’ dan ‘Lembut’.
T- Tentukan guru mengamalkan ‘Kapimpinan melalui Teladan’
E- Elak ‘Double-Standard’ dan pilih kasih.
G- Guna saluran kerja yang betul dan sah
A-Akur pada peraturan dan polisi kerja.
S- Sentiasa konsisten dalam tindakkan
L- Layan pelajar dengan mesra
E- Empati dan endah
M- Minta pendangan pelajar
B-Boleh diajak berbincang
U- Ungkapkan kata yang menyenangkan
T- TEGAS !

WAHAI TUHAN SIAPA DIKALANGAN UMATKU
YANG DILANTIK MENJADI PEMIMPIN LALU
MENGAMALKAN SIFAT LEMAH LEMBUT MAKA
LEMAH LEMBUTLAH WAHAI TUHAN KEPADA
MEREKA
( Hadis Riwayat Muslim )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s