AMALI AGAMA

LATARBELAKANG AMALI UGAMA

•Dalam sistem persekolahan ugama di Brunei, pelajaran amali ugama adalah salah satu mata pelajaran yang diajarkan di sekolah-sekolah.
•Sejak bermulanya pendidikan ugama yang secara bersistematik berdasarkan kepada sistem sekolah-sekolah ugama di negeri Johor dalam tahun 1956, pelajaran amali ugama dikenali sebagai pelajaran khusus seperti latihan menggambil wudu’ akwal dan af’al dan af’al solat, latihan sembahyang, latihan fardhu kifayah, latihan membaca khutbah dan sebagainya (Abdul Hamid , 2004).

•Pentingnya pelajaran amali ugama dalam pendidikan bersamaan penting dan perlunya ugama dalam kehidupan seorang muslim dalam kehidupannya. Ini bermakna bahawa dalam pendidikan ugama itu, amalan dan pelaksanaan sesuatu ibadat itu adalah selaras dengan prinsip-prinsip ugama atau teori yang diterima dan dipelajari.
•Perkataan amali itu diambil daripada perkataan bahasa arab iaitu amal yang biasa kita sebut yang bererti pekerjaan atau perbuatan.
•Dalam kamus dewan amali membawa makna sebagai pelaksanaan prinsip atau teori (yang dipelajari dsb) yang berasaskan pengamalan (pelaksanaan) sebenar sesuatu ilmu pengetahuan (Teuku Iskandar, 1993).
•Apabila kita katakan amali ugama bermakna pelaksanaan sesuatu pengetahuan yang dihubungkaitkan dengan prinsip-prinsip agama seperti pelaksanaan ibadat solat, berwudu’, bacaan-bacaan doa dan sebagainya.
•Amali ugama dalam konteks sekolah-sekolah ugama ialah amalan yang diperintahkan oleh Allah dalam kehidupan sehari-hari baik ia berupa fardhu ain, fardhu kifayah dan perkara-perkara sunat yang memang disusun dalam sukatan pelajaran di sekolah-sekolah ugama. Ini bersesuaian dengan firman Allah Taala yang berbunyi:
Maksudnya: Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahku.
Surah al Dzaariyaat ayat 56

•Untuk mencapai tujuan ini Pelajaran Amali Ugama sangat di titikberatkan dan di ajarkan kepada kanak – kanak dari peringkat awal lagi hinggalah ke peringkat lebih tinggi dengan harapan pelajaran – pelajaran yang diajarkan itu akan dapat diamalkan dan dihayati dengan lebih sempurna dan diredhai Allah Subahanahuwataala demi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat

Maksudnya: Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.
Surah al Baqarah ayat 201.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AMALI UGAMA

•Pengajaran merupakan satu bentuk komunikasi. Komunikasi pula bertujuan untuk memberitahu, mempengaruhi dan menghibur. Pada pendapat umum, tujuan utama guru adalah memberitahu atau menyampaikan satu himpunan maklumat atau fakta kepada murid-murid.
•Pembelajaran biasanya berlaku dalam situasi bilik darjah apabila guru itu berjaya dalam usaha komunikasinya. Pembelajaran dapat dicapai dan dipertingkatkan melalui:
1.Penerangan guru yang jelas.
2.Pengalaman murid yang bererti.
3.Kegiatan-kegiatan yang menyeronokan murid dan guru.

•Dalam pengurusan kurikulum dan peruntukan period, amali ugama itu telah dipecahkan kepada dua mata pelajaran iaitu:

•Latihan sembahyang
•Amali ugama

•Kedua-dua mata pelajaran ini adalah sama pentingnya untuk diajarkan kepada murid –murid sejajar untuk menjadikan murid-murid yang boleh melaksanakan ibadat dengan baik dan sempurna dan tanggungjawab ini diberikan kepada guru-guru di Sekolah.
•Memang telah dimaklumi bahawa tanggungjawab utama guru mata pelajaran Amali Ugama di sekolah-sekolah ialah membimbing murid menguasai berbagai-bagai kemahiran amalan-amalan harian agar murid-murid mengamalkannya didalam kehidupan mereka sehari-hari disamping memperolehi pencapaian yang sebaik-baiknya didalam mata pelajaran tersebut.
•Tanggungjawab ini tidak mudah direalisasikan memandang setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan terdapat murid yang tidak memperoleh pencapaian yang memuaskan.
•Di samping itu, ada segelintir juga murid yang tidak mencapai apa yang dihasratkan, malahan ada murid gagal dalam mata pelajaran tersebut. Meskipun terdapat pelbagai faktor yang menjadi penentu pencapaian murid dalam amali ugama, namun faktor guru tetap menjadi perkara penting.
•Sejak pendidikan awal persekolahan ugama, pelajaran amali ugama sentiasa diambil penekanan yang serius namun kita masih melihat sejauhmana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ini dalam berbagai aspek dapat dinilai dan dikaji. Mungkin penilaian ini bukan hanya setakat pencapaian di Sekolah namun kita ingin melihat pencapaian pengajaran dan pembelajaran amali ugama ini dalam kehidupan anak-anak didik masyarakat kita di Brunei. Antaranya ialah:

Keberkesanan Kaedah

•Maimun Aqsa dan Roslan Aspar (2005), Keberkesanan kaedah mengajar dan jalinan hubungan yang lebih mesra di antara guru dan pelajar di pusat-pusat pengajian dari peringkat rendah sehingga peringkat tinggi menjadi lebih penting supaya penyampaian pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih tersusun dan memudahkan pencapaian matlamat yang telah digariskan.
•Oleh itu, aspek keberkesanan kaedah yang digunakan, kemudahan yang sedia ada, sikap, persepsi, tingkahlaku dan sebagainya di antara kedua-dua golongan guru dan pelajar perlu dilandaskan kepada dimensi yang tepat dan betul.

•Menurut Azman (1987) menguasai kandungan pelajaran yang hendak diajar saja tidak akan menjamin prestasi pengajaran yang tinggi.
•Dalam hal ini satu aspek yang penting harus dikuasai ialah kaedah dan teknik bagaimana caranya untuk menyampai isi pelajaran.
•Ini termasuklah teknik bilik darjah dan pendekatannya serta kaedah penyampaian mengikut jenis dan spesifikasi ilmu pengetahuan yang diajar agar ianya berkesan ke arah membentuk disiplin dan akhlak mulia para pelajar.
•Untuk itu, seseorang guru semestinya mempunyai ciri-ciri yang mulia, kreatif, progresif, efektif dan memastikan perkembangan setiap individu pelajar bertambah maju dan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
•Sekiranya ahli ilmu lembab dan tidak berfungsi secara sepatutnya, perkembangan dan keberkesanan ilmu dalam kehidupan masyarakat akan terjejas.
•Peranan guru juga adalah untuk mempertingkatkan segala potensi anak didik yang berada di bawah didikannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Jadi untuk peningkatan potensi ini secara padu maka guru memerlukan kepada kelengkapan diri yang cukup untuk memikul tanggungjawab itu. (Abdul Halim 1986).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s