Inilah Kita

DI SINI BERMULA

Motivasi untuk mula berubah dan menginsafi segala kelalaian.

Assalamualikum, awda pendengar yang dirahmati Allah, kita bersua kembali dengan INILAH KITA.  Bermula hari ini kita akan bersama setiap hari keudara di Nur Islam Wadah Tarbiyyah Islami insyallah.

Awda tahukah awda bahawa kita sebagai manusia tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.  (Hadith Nabi setiap anak adam melakukan kesalahan). Namun demikian kita perlu juga melihat diri kita sejauh mana kita telah menginsafi kesalahan yang telah kita lakukan? Bagaimana amanah yang diberikan kepada kita? Apakah amanah yang diberikan kepada kita sudah kita laksanakan? Bagaimana dengan tanggungjawab kita terhadap keluarga? Ayah dan Ibu, peradian kitane? Tanggungjawab terhadap organisasi kita? Tanggungjawab sebagai seorang anak? Dan pastinya banyak lagi…

Bertitik tolak daripada itu mari kita sama-sama imenginsafi dan cuba untuk berubah ke arah kebaikkan dalam erti kata lain Muhasabah diri. Bila kita bermula? Bermulalah dari sekarang. Perkataan Muhasabah ini sering kita dengar, persoalannya apakah kita mengerti apa dia Muhasabah itu?

Muahasaba itu juga dikatakan janji. Janji mengikut Kamus Dewan membawa maksud kesediaan dalam berbuat atau memberi sesuatu perkara, manakala perjanjian membawa maksud persetujuan atau permuafakatan antara dua pihak atau lebih.

Secara spesifiknya muhasabah menilai diri, menghitung kebaikkan dan keburukan yang telah kita lakukan.

Menurut Ibnu Qudamah :

Pengertian Muhasabah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan.  Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat”

Manakala Ibnul Qaiyim pula:

Muhasabah ialah membezakan antara apa yang diperolehinya dan apa yang perlu ditanggungnya.  Setelah mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah membawa apa yang diperolehinya dan melunaskan apa yang ditanggungnya.  Dia seolah-olah seorang musafir yang tidakakan kembali”

Maka awda dengan muhasabah diri, kita dapat menilai setiap perbuatan kita, apakah yang kita lakukan telah mencapai matlamat dalam kehidupan atau menghampiri matlamat atau lebih teruk menjauhi matlamat yang telah di tetapkan oleh Syarak. Marilah kita mulakan langkah kita untuk bermula menginsafi kesalahan-kesalahan yang telh kita lakukan demi untuk mencapai kebahagiaan kehidupan dunia dan akhirat. Dengan muhasabah jua kita akan dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua, kerana kita sebgai individu muslim sebenarnya hebat, memang hebat jika dapat mempertingkatkan kualiti diri dari masa ke semassa.

Wallahu A’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s