Islam agama ilmu

Islam adalah agama yang memandu kehidupan manusia ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan kenikmatan di akhirat. Tema Islam itu sendiri menurut bahasa bermaksud selamat, sejahtera, aman dan damai. Manakala dalam pengertian syarak ialah menyerahkan diri dengan mengabdikan diri kepada Allah subhanahu wataala semata-mata, tunduk dan patuh kepada suruhan Allah subhanahu wa taala dan meninggalkan segala larangan Allah subhanahu wataala[1]. Namun kesejahteraan beragama akan tergugat dengan kemunculan aliran-aliran yang membawa ideologi sesat, lebih-lebih lagi aliran yang berbentuk rahsia (underground movement) seperti aliran kebatinan.

Walaupun sedar tentang ancaman aliran kebatinan atau dikenali al-Harakat al-Batiniyyah terhadap sosio-agama di kalangan masyarakat Islam, namun ramai dari kalangan masyarakat Islam tidak mengenali secara dekat aliran ini, malah ramai juga para sarjana Islam tidak menyedari bahawa aliran ini berjaya mengekalkan pengaruhnya sehingga kini walaupun kewujudannya sejak sekian lama telah ditentang oleh ulama-ulama Islam yang terbilang seperti Imam al-Ghazali dalam kitabnya “Fadhaih al-Batiniyyah” dan lain-lain ulama.


[1] Ibnu Manzur. Muhammad bin Makram. Lisan al-„Arab. (Beirut: Dar Sadir). Jld. 12. Hlm. 293-296.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s