Takrif Melayu Islam Beraja

TAKRIF MELAYU ISLAM BERAJA

—MELAYU (M)

—Definisi Melayu Brunei

—Undang-undang taraf kerakyatan negara Brunei 1962 menetapkan ketulenan Melayu Brunei iaitu rakyat sultan dengan kuat kuasa mutlak undang-undang yang dikhususkan kepada puak-puak jati Bangsa Melayu iaitu Belait, Bisaya, Brunei, Dusun, Kedayan, Murut dan Tutong.

—Orang lain hanya diterima menjadi rakyat secara berdaftar dan penuangan yang ditentukan oleh syarat-syarat tertentu antaranya tempoh bermastautin selama 25 tahun di Brunei dan diuji secara lisan atau tulisan oleh Lembaga Bahasa yang berpuas hati bahawa orang luar itu mempunyai darjah pengetahuan bahasa Melayu nya dianggap baik dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih serta berkelakuan baik.

—Apabila Melayu Islam Beraja disytiharkan sebagai falsafah negara, maka Melayu Islam dan Beraja akan dijadikan oleh negara sebagai matlamat, amalan, dasar, prinsip, gagasan, pegangan, landasan dalam berfikir, bertindak,menilai dan merancang keseluruhan hidup berbangsa, bernegara dan berugama.

—Orang Melayu telah lama bernegarakan Brunei Darussalam, malah merekalah yang menjadi pengasas, penegak dan pejuang yang telah menentukan keagungan dan survival negara ini hingga ke hari ini.

—Sistem pemerintahan Melayu iaitu Beraja telah diamalkan sejak berkurun-kurun lamanya.

—Nilai dan norma Melayu termasuk adat resam dan tatasusilanya telah menjadi sebahagian daripada cara hidup masyarakat yang harmoni dan dihormati.

—Kedatangan Islam bukan saja merubah bentuk dan nilai kebudayaan Melayu malah kebanyakan orang Melayu telah mengubah kepercayaan mereka dan memeluk Islam.

—Perlembagaan Negeri Brunei 1959 bukan saja mengiktiraf kedudukan bangsa Melayu sebagai pewaris sah bumi Darussalam ini malah tiga identiti penting dan utama majoriti bangsa Melayu telah diangkat pada kedudukan yang tinggi dalam sistem politik dan sosial negara ini:

i. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi.

ii. Islam menjadi ugama rasmi negara

iii.Sultan diletakkan sebagai kuasa

pemerintah tertinggi negara.

—Nilai etika masyarakat Melayu:  Nilai sosial, nilai – nilai yang disanjung oleh masyarakat dijadikan pedoman tertinggi bagi kelakuan setiap anggota masyarakat.

§Nilai berbudi dan berbahasa – Dianggap dalam masyarakat Melayu suatu nilai yang disanjung tinggi sebagai ukuran ketinggian keperibadian:

Yang kurik itu kundi

Yang merah itu saga

Yang baik itu budi

Yang indah itu bahasa.

Orang berbudi kita berbahasa,

orang    memberi kita merasa.

§Nilai budi: Pemurah, berbuat baik, yang menerima kebaikan sentiasa terasa dirinya terhutang dan perlu membalas kembali, balas membalas budi dalam masyarakat melahirkan semangat kerjasama untuk kebaikan:

Anak nelayan membawa cangkul

Menanam ubi di tanah darat

Beban sekoyan dapat dipikul

Budi sedikit terasa berat.

§Nilai rendah diri:

Bawa resmi padi, makin berisi makin

tunduk.

§Nilai pemurah:  

Jika mendapat sama berlaba

Kehilangan sama berugi

Yang ada dimakan bersama

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

§Nilai kebenaran:

Berani kerana benar, takut kerana salah.

§Nilai berhati – hati:

Sesat di hujung jalan, balik ke  pangkal jalan.

§Nilai kesabaran:

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

§Nilai ketekunan:

Sehari selembar benang, lama- lama menjadi kain.

§Nilai tolong menolong:

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

§Nilai perpaduan:

Ibarat telur sesangkar, pecah sebiji pecah semua.

§Nilai memegang janji:

Janji harus ditepati, ikrar harus dihormati.

§Nilai menghormati ibu bapa dan orang- orang tua:

Yang tua dihormati, yang muda disayangi, sama besar hormat menghormati.

§Nilai mentaati raja:

Pantang Melayu menderhaka kepada raja Siapapun menjadi raja, tangan ke dahi jua.

§Nilai mematuhi adat:

Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah Biar mati anak jangan mati adat.

§Nilai beragama:

Muslim zuhud imannya tinggi, harta dan pangkat dianggapnya daki, Muslim zuhud alimnya terbilang, kemewahan dunia tiada dipandang. Hanya kepada Allah ia bersujud, kepada makhluk ia tak takut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s