PENGHANTAR PENDIDIKAN ISLAM

Bibliografi Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Syed Muhammad al Naquib bin Ali bin Abdullah bin Muhsin al Attas adalah seorang cendekiawan dan filsuf muslim saat ini dari Malaysia. Beliau menguasai teologi, filsafat, metafisik, sejarah, dan literatur. Beliau juga menulis berbagai buku di bidang pemikiran dan peradaban Islam, khususnya tentang sufisme, kosmologi, filsafat, dan literatur Malaysia.

 

Dilahirkan di Bogor, Indonesia. Beliau menempuh pendidikan dasar pada usia lima tahun di Johor, Malaysia, namun saat pendudukan Jepun ia pergi belajar ke Jawa untuk belajar Bahasa Arab di Madrasah Al-`Urwatu’l-wuthqa.

 

Setelah Perang Dunia kedua, pada tahun 1946, Syed Naguib Al-Attas kembali ke Johor untuk menyelesaikan pendidikan menengahnya. Beliau tertarik dan mempelajari sastera Melayu, sejarah, dan kebudayaan Barat. Saat kuliah di Universiti Malaya, al-Attas menulis Rangkaian Ruba`iyat, sebuah karya literatur, dan Some Aspects of Sufism as Understood and Practised among the Malays. Dari sini, Syed Naguib Al-Attas melanjutkan pengajian ke the Institute of Islamic Studies di McGill University, Montreal, Canada. Pada tahun 1962, Al-Attas menyelesaikan pengajian pasca sarjana dengan thesis Raniri and the Wujudiyyah of 17th Century Acheh. Al-Attas kemudian melanjutkan pengajian ke School of Oriental and African Studies, University of London di bawah bimbingan Profesor A. J. Arberry dari Cambridge dan Dr. Martin Lings. Thesis doktornya (1962) adalah studi tentang dunia mistik Hamzah Fansuri.

 

Pada 1987, Al-Attas mendirikan sebuah institusi pendidikan tinggi bernama International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) di Kuala Lumpur. Disini beliau menjalankan kajian dan penelitian mengenai Pemikiran dan Peradaban Islam, serta memberikan respons yang kritis terhadap Peradaban Barat.

 

Hasil Karya Syed Naquib Al-Attas

 

  • (1970) The Correct Date of the Terengganu Inscription, Kuala Lumpur Museum Department.
  • (1975) Comments on the Re-Examination of Al-Raniri’s Hujjat au’l Siddiq: A Refutation, Kuala Lumpur Museum Department.
  • (1978) Islam and Secularism
  • (1980) The Concept of Education in Islam
  • (1988) The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the `Aqa’id of al-Nasafi
  • (1989) Islam and the Philosophy of Science, Kuala Lumpur: ISTAC, 2001)
  • (1990) The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul
  • (1990) On Quiddity and Essence
  • (1990) The Intuition of Existence
  • (1992) The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality
  • (1993) The Meaning and Experience of Happiness in Islam, Kuala Lumpur: ISTAC, 1998)
  • (1994) The Degrees of Existence
  • (1995) Prolegomena to the Metaphysics of Islam: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam

 

 

Falsafah Pendidikan Menurut Syed Naquib Al-Attas

 

Pendidikan, menurut Al-Attas adalah “penyemaian adab dalam diri seseorang – ini disebut dengan ta’dib. Menurut Syed Naquib Al-Attas,

 

Adab adalah pengenalan terhadap realiti bahawa ilmu dan segala sesuatu yang ada terdiri daripada hieraki yang sesuai dengan kategori dan tingkatannya, dan bahawa seseorang itu memiliki tempatnya masing-masing dalam kaitannya dengan realiti, kapasiti,potensi fizik, intelektual, dan spiritualnya.

 

(Syed Muhammad Naquib Al-Attas,1972: 119 )

Pentingnya makna adab dan kaitannya dengan pendidikan manusia yang baik akan semakin terasa ketika disedari bahawa pengenalan yang meliputi ilmu,dan pengakuan yang melibatkan tindakan, tentang tempat yang sesuai sangat berhubung dengan kata-kata kunci lainnya dalam pandangan hidup Islam, seperti kebijaksanaan, (hikmah),  dan keadilan (‘adil) realiti dan kebenaran (‘adil).

 

Al-Attas memberikan contoh bagaimana adab itu hadir dalam pelbagai tingkat pengalaman manusia. Adab terhadap diri sendiri bermula ketika seseorang mengakui bahawa dirinya terdiri daripada dua unsur. Yang pertama unsur akli dan yang kedua unsur haiwani. Ketika akal seseorang menguasai dan mengawal sifat kehaiwananya, ia sudah meletakkan kedua-duanya pada tempat yang betul dan membuktikan bahawa dirinya itu benar.

 

Adab dalam konteks hubungan sosial antara sesama manusia bererti norma etika yang diterapkan dalam hubungan sudah sepatutnya memenuhi beberapa syarat yang didasarkan pada kedudukan seseorang, misalnya dalam keluarga dan masyarakat. Dalam hal ini posisi seseorang itu bukan ditentukan melalui kriteria kekuatan, kekayaan ataupun keturunan. Ia ditentukan oleh Al-Quran berdasarkan kriterinya terhadap ilmu pengetahuan, akal fikiran dan perbuatan yang mulia. Jika seseorang itu dengan ikhlas menunjukkan sifat-sifat yang mulia seperti hormat, rendah diri, menyayangi kepada orang disekelilingnya, ini bererti bahawa beliau mengetahui apakah adab yang sewajarnya ketika berhadapan dengan masyarakat.

 

Dalam konteks ilmu pula, adab bererti disiplin intelektual yang mengenal dan mengakui adanya hieraki ilmu berdasarkan kriteria tingkat-tingkat keluhuran dan kemuliaan, yang memungkinkannya  mengenal dan mengakui, bahawa seseorang yang pengetahuannya berdasarkan wahyu itu jauh lebih mulia daripada mereka yang pengetahuannya berdasarkan akal.

 

Al-Attas tidak bersetuju dengan definisi erti pendidikan. Iaitu, pendidikan secara keseluruhannya terdapat dalam konotasi istilah tarbiyah , ta’lim dan tardib yang dipakai secara persamAan. Al-Attas berpendapat bahawa konsep ta’dib sudah mengandungi unsur-unsur ilmu (‘ilm), pengajaran (ta’lim) dan penyuburan yang baik (tarbiyah) sehingga tidak perlu dikatakan konsep pendidikan Islam terdapat dalam tiga  konsep  tarbiyah, ta’lim dan ta’dib.

 

Merujuk pada hadis “Tuhan telah mendidiku ( addabani, yang secara literal bererti telah menanamkan adab pada diriku), maka sangat baiklah mutu pendidikan ku (ta’dib). Beliau telah menterjemahkan kata kerja addabani dengan telah mendidikku dan perkataan ta’dib dengan  pendidikan . Maknya ialah “Tuhan telah mendidikku dan menjadikan pendidikanku sebaik-baik pendidikan.” Pemakaain istilah ta’dib dan addaba tidak menafikan kaitan pendidikan di dalamnya, tetapi memberikan penekanan yang lebih mendalam lagi. Sebagai contoh, Nabi Muhammad telah menggunakan perkataan ta’dib untuk menunjukkan suatu usaha dalam menjinakkan haiwan.

 

Konsep pendidikan dalam pengertian ta’dib baginya ialah, pendidikan bukanlah suatu proses yang akan menghasilkan pakar, melainkan proses yang akan menghasilkan individu yang baik yang akan menguasai pelbagai bidang pengajian secara sepadudan sebati yang mencerminkan pandangan hidup Islam.

 

Falsafah pendidikan Al-Attas sangat jelas menekankan pembangunan individu, tetapi hal ini tidak dapat dipisahkan dari masyarakat dalam hal cara dan konteks pelaksanaanya. Beliau merujuk pada sesuatu yang tidak dapat dipisahkan antara individu dengan masyarakat dalam persaudaraan kemanusiaan. Bukan hanya pada kontrak sosial yang terjadi, melainkan juga pada ikatan asal yang telah terjadi antara seluruh manusia yang diciptakan Tuhan. Katanya

Ketika menyatakan bahawa tujuan ilmu pengetahuan adalah melahirkan manusia yang baik , kami tidak bermaksud untuk tidak melahirkan masyarakat yang baik, sebab masyarakat terdiri daripada individu, melahirkan seseorang yang baik akan melahirkan masyarakat yang baik. Pendidikan adalah bahagian penting masyarakat.

(Syed Naquib Al-Attas: 1972: 128)

Oleh itu individu yang terdidik dapat menghasilkan masyarakat yang baik.

Dapat dilihat disini bahawa Al-Attas sangat menitik beratkan adab dalam konsep pendidikan Islam. Kita mesti menyelesaikan masalah ketiadaan adab kerana ilmu tidak dapat diajarkan atau disampaikan kepada pelajar kecuali mereka telah memiliki adab yang tepat terhadap ilmu pengetahuan, pelbagai disiplin dan autoritinya yang sah. Kaedah atau cara-cara yang menciptakan keruntuhan adab dalam bidang spiritual, intelektul dan budaya adalah melalui sikap dan proses penyamaan.Seperti menyamakan Al-Quran dengan kitab-kitab lain.

 

Ketiadaan adab akan mengakibatkan kezaliman, kebodohan , kegilaan semula jadi dan bahkan boleh terbentuknya sofisme. Kebodohan menurut Al-Ghazali adalah melakukan cara yang salah untuk mencapai tujuan yang betul. Manakala kegilaan adalah perjuangan berdasarkan tujuan dan maksud yang salah.Seseorang itu boleh menjadi lebih gila jika tujuan utama mencari ilmu bukan untuk mencapai kebahagian yang sebenarnya atau kecintaan kepada Tuhan seseai dengan ajaran agama yang benar. Demikian juga, adalah kebodohan jika berusaha mencari kebahagiaan  di dunia dan akhirat tanpa ilmu dan amal yang benar.

 

Adab sebagaimana yang dijelaskan AlAttas,ialah menanamkan rasa kepatuhan dan disiplin dalam fikiran yang tentunya akan tercermin dalam tindakan yang berkaitan dengan peribadi, sosial, dan kebudayaan. Kebingunan yang teruk kerana ketiaadan adab tidak hanya bererti rosaknya ilmu, tetapi juga ketidakmampuan mengakui pemimpin yang benar dalam segala bidang, bahkan memberi jalan dan mendukung munculnya pemimpin palsu.Konsep pendidikan sebagai penyuburan adab (ta’dib) sebagaiman yang dipertahankan Al-Attas, berupaya menghasilkan Muslim yang terdidik secara benar, jelas identitinya, jujur, sederhana, berani dan adil dalam pelbagai realiti dan masalah yang kehidupan sesuai dengan urutan keutamaan  yang difahaminya.

 

Al-Attas berulang-ulang menyatakan bahawa masalah paling mendasar yang dialami Dunia Muslim kebelakangan ini, adalah masalah ilmu  yang menimbulkan  gejala-gejala seperti masalah sosial, ekonomi dan politik. Beliau tidak hanya menekankan pentingnya pendidikan samada Barat mahupun tradisional – tetapi juga pendidikan yang menumbuhkan kesedaran diri dan konservatif secara keagamaan tanpa mengabaikan watak preskriptif, praktis dan futuristik.

 

Universiti Islami

Beliau menganggap universiti sebagai institusi yang paling penting dalam kerangka sistem pendidikan, yang daripadanya akan bermula revivalisme (kebangkitan) dan pembentukan semula pendidikan dan epistemologi.Usaha terhadap reformasi pendidikan Islam iaitu penekanan pada pendidikan asas dan menengah akan gagal jika sistem pendidikan tinggi, terutama universiti, tidak diubah sesuai dengan kerangka epistemologi dan pandangan hidup Islam. Bahagian pendidikan tinggi akan menjadi lemah dan tidak mampu mencapai tujuannya secara sempurna jika tidak didukung dengan baik oleh pendidikan tingkat lebih tinggi.

 

Oleh itu Al-Attas mendesak perlunya sebuah universiti Islam yang harus berbeza daripada yang sudah ada di dunia ini.Beliau menyarankan ditubuhkan,

Sebuah universiti Islam yang memiliki struktur berbeza daripada universiti Barat, konsep ilmu berbeza daripada apa yang dianggap sebagai ilmu oleh para pemikir Barat, dan tujuan dan aspirasi berbeza daripada konsepsi Barat. Tujuan pendidikan tinggi dalam Islam adalah membentuk “manusia sempurna” atau “manusia universal”..Seorang ulama Muslim bukanlah seorang pakar dalam salah satu bidang keilmuan, melainkan seorang yang universal dalam cara pandangannya dan memiliki autoriti dalam beberapa bidang keilmuan yang saling berkaitan.

(Syed Naquib Al-Attas: 1972: 153)

Tujuan utamanya bukan hanya alasan kemanusiaan, melainkan juga membentk individu yang siap menjadi anggota masyarakat global, sementara personel penting dalam dunia pendidikan tidak lain adalah seorang ahli keilmuan.

 

Sebuah universiti seharusnya merupakan gambaran daripada manusia sempurna , universal atau “insan kamil”.Insan kamil adlah seseorang yang sanggup menampakkan sifat-sifat ketuhanan tanpa menghilangkan identitinya sebagai seorang hamba dan makhluknya. Golongan insan kamil ini dipimpin oleh Nabi Muhammad saw, diikuti semua Nabi dan para hamba pilihan-Nya, iaitu para aulia dan ulama yang ilmu dan kehidupan spiritualnya sangat mendalam. Sejak awal lagi Al-Attas menganggap ISTAC sebagai nucleus atau pusat daripada universiti Islam yang sebenarnya. Belaiu berjuang untuk menjadikan ISTAC sebagai cerminan daripada insan kamil.

 

Sebagai contoh beliau telah berusaha dan berjaya melaksanakan perletakan batu asas untuk pembangunan  ISTAC pada malam ke-27 bulan Rejab bersamaan dengan malam Israk dan Mikraj nya Nabi muhammad saw. Bangunan tersebut menghadap kiblat dan menggambarkan sosok seorang manusia.Kejayaan Al-Attas dalam merancang pembangunan ISTAC dapat dilihat apabila ramai pengunjung yang datang dan kagum melihat bangunan itu. Mereka berkata bahawa bangunan itu mengingatkan mereka pada pusat-pusat keagamaan dan intelektual serta istana-istana lama di Timur Tengah.

 

Konsep tentang universiti yang benar-benar islami sebagai sebuah cerminan daripada insan kamil atau manusia universal bukan sahaja penting, tetapi nyata kewujudannya. Alasannya, tokoh seperti Nabi Muhammad saw adalah contoh nyata tersebut. Tanpa contoh nyata tersebut, penekanan tentang konsepsi ini akan mendorong kita jerumus ke dalam sesuatu humanisme sufistik,seperti yang dilambangkan oleh Protagoras.

Manusia adalah ukuran daripada segala sesuatu. Segala sesuatu yang (dianggapnya) ada adalah dan segala sesuatu yang dianggapnya tiada, tiadalah.

(Syed Naquib Al-Attas : 1972 : 158)

Oleh sebab itu, universiti dalam Islam harus mencerminkan ketokohan Nabi Muhammad dalam hal ilmu pengetahuan dan amal soleh dan fungsinya adalah untuk membentuk seorang lelaki atau wanita yang beradab agar memiliki qualitiyang dicontohkan Nabi Muhammad saw.

 

Al-Attas mengkritik universiti-universiti Muslim Moden kerana mereka ini meniru mentah-mentah model sekular barat yang jelas merupakan cerminan daripada sebuah negara, termasuk didalamnya, manusia sekular. Universiti moden pertama di Dunia Islam ialah Dar-Al-Funan. Universiti ini didirikan di Istnbul pada tahun 1870.Dikatakan meniru Barat kerana ia menggunakan idea pendidikan Perancis. Istilah funun sengaja digunakan untuk merujuk pada ilmu moden yang berbeza daripada istilah ulum yang ada pada waktu itu bermakna ilmu tradisional atau Arab.

 

Pada zaman sekarang ini, jelas sekali bahawa banyak universiti Islam baik yang baru atau yang lama didirikan telah dipaksa oleh tekanan pemerintah ataupun kerana keracunan intelektual, untuk menerima beberapa agenda epistemologi sekular moden,menerima pandangan dan struktur organisasi yang mencerminkan tujuan pendidikan yang bersifat kebangsaan dan kebendaan, serta menyetujui pembentukan pelbagai fakulti dan bidang pengkhususan akademik.

 

Faktor utama lain dalam konsepsi sebuah universiti Islam adalah peranan perpustakaan. Perpustakaan yang merupakan tempat ilmu pengetahuan dan hikmah daripada pelbagai generasi ilmuan daripada pelbagai agama dan tradisi kebudayaan, seperti perkembangan intelektual manusia seharusnya diberikan keutamaan. Sudah semestinya, tiada pemikir atau tokoh pendidikan yang menolak akan pentingnya perpustakaan di dalam konteks institusi tinggi.

 

Namun demikan tidak ramai yang akan keluar mencari dan berusaha untuk mendapatkan karya-karya rujukan utama, terutama dalam bidang dalam bidang pengajian Islam, aspek-aspek relevan dari pada falsafah dan kebudayaan Barat dan Melayu bergantung kepada keperluan institusi tersebut seperti mana yang dilakukan oleh Al-Attas.  Al-Attas telah berjaya mengumpulkan sebanyak 15,000 jilid daripada bahan rujukan penting untuk Perpustakaan IBKKM.

 

Selain itu , Al-Attas juga telah berusaha dan berjuang dalam mengislamisasikan ilmu pengetahuan semasa. Beliau telah menukar istilah-istilah dan konsep kunci yang terdapat dalam pandangan alam umat Islam. Usaha ini telah membuahkan hasil dalam hasil kajian permulaan yang dilakukan dari 1963 hingga 1965 tentang tasawuf Hamzah Fansuri – penyair dan ahli sufi melayu terbesar. Disinilah Al-Attas telah memperkenalkan kaedah analisis semantik dalam mengkaji konsep-konsep dalam sistem tasawuf Fansuri seperti kehendak, tuhan, wujud dan sebagainya. Dengan secara cermat beliau telah menganalisis istilah-istilah tersebut dan menukarnya dalam bahasa Melayu yang berkaitan seperti ada, hendak , diri  dan sebagainya.

 

Ada dikalangan cendekiawan-cendekiawan Islam yang menerima usulan tentang mengislamisasikan ilmu pengetahuan dan ada pula yang tidak menyetujuinya.Golongan pertama berpendapat bahawa Umat Islam sudah puas dengan teoretis mereka sendiri. Pencarian ilmu pengetahuan moden harus dibatasi oleh keperluan pragmatis, yang bertolak daripada kepercayaan bahawa ilmu-ilmu teoretis moden akan meyebabakan keraguan terhadap ugama dikalangan umat Islam.

 

Golongan yang kedua pula berpendapat bahawa keseluruhan ilmu moden itu harus diserap oleh umat Islam kerana ia dianggap berguna. Mereka berdalih bahawa pada Abad Pertengahan umat Islam tidak hanya terbiasa mengambil aspek teknik ilmu-ilmu asing, tetapi juga pemikiran falsafahnya.

 

Kesimpulan

Pertama,dapat kita fahami bahawa, Al-Attas sangat menitik beratkan adab dalam menuntut ilmu. Seseorang yang memiliki adab yang mulia dapat menggunakan ilmunya di jalan yang benar serta diredhai Allah dan dapat membentuk masyarakat yang berguna. Pendidikan yang dimaksudkan Al-Attas sangat berbeza dengan pengajaran dan latihan. Pendidikan moden tidak seharusnya menitikberatkan latihan pelajar untuk pelbagai profesion tetapi untuk pendidikan mereka. Latihan dapat dilakukan keatas manusia dan haiwan manakala pendidikan hanya dapat dilakukan keatas manusia sahaja. Kedua, kita dapat lihat bagaimana Al-Attas berjuang dalam memepertahankan konsepnya teng universiti Islam. Sebuah universiti Islam itu tidak seharusnya meniru universiti-universiti Barat. Samada dari segi fizikal mahupun spiritualnya. Dan terakhir, kita mengetahui tentang usaha Al-Attas dalam mengislamisasikan ilmu pengetahuan. Beliau berpendapat bahawa semua ilmu itu datang dari Allah melalui Al-Quran. Tiada perbezaan antara ilmu sekular dan ilmu agama Islam.


 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s