Method Al Quran

CIRI-CIRI DAN 10 SIFAT KAEDAH IQRA’

1. Bacaan Terus (Tanpa Analisa dan Dieja)

Pelajar tidak diperkenalkan terlebih dahulu kepada nama-nama huruf hijaiyah dan tanda-tanda bacaan. Mereka terus diperkenalkan bunyi satu-satu huruf dengan menggunakan bahan pengajaran.

2. Penggunaan Teks Tertentu
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan satu set buku yang mengandungi 6 naskhah. Pelajar menggunakan mengikut tahap-tahap masing-masing, bermula dari buku pertama. Disusun secara berjilid, dengan kulit buku berwarna-warni yang harmoni sehingga menarik minat pelajar untuk saling berlumba dalam mencapai warna-warni 6 jilid itu. Ianya juga untuk tidak menimbulkan rasa jemu.

3. Teknik Pengajaran Cara Belajar Murid Aktif (CBMA)
Yang belajar adalah murid, bukan guru-gurunya, jadi setelah guru menerangkan pokok pengajaran dan pelajar sudah jelas mengulangi beberapa kali (Talaqqi Musyafahah), maka pelajar disuruh membaca sendiri bahan berikutnya.

Jika bacaan murid salah atau keliru, jangan sekali-kali guru mencela apalagi mencaci dan menghina. Guru sebaliknya cuma memberi peringatan, contohnya: “Cuba ulang sekali lagi bagaimana? Kenapa dibaca panjang? Kenapa dibaca pendek?” dan sebagainya.

4. Talaqqi Musyafahah
Dalam mempelajari bacaan al-Quran pelajar mesti berhadapan secara langsung dengan gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya pelajar tahu betul bagaimana makhraj dan sifat-sifat huruf yang sebenarnya.

5. Tahap Berasaskan Pencapaian Individu
Tahap pencapaian dan kelajuan pelajar dalam mengikut bahan pengajarannya yang disiapkan adalah bergantung kepada kecekapan individu murid dan peranan gurunya. Untuk penilaian dan pengesanan, rekod prestasi perlu disediakan seperti yang dicadangkan.

6. Tenaga Pembimbing/Pembantu
Seorang guru membimbing lima hingga enam orang pelajar dalam satu masa. Jika keadaan memerlukan guru boleh mengambil pelajar tertentu untuk menjadi pembantu dan penyemak bagi pelajar lain yang diperingkat bawah.

7. Praktis
Tujuan Kaedah Iqra’ dibentuk adalah supaya pelajar dengan cepat dan mudah membaca al-Quran. Soal teori dan ilmiah tajwid akan diajar setelah pelajar berupaya dan bertadarrus al-Quran. Istilah tajwid tidak diajar tetapi mempraktikkan sebutannya.

8. Sistematik
Disusun secara lengkap, sempurna dan terancang dengan bentuk huruf dan reka letak yang seimbang. Bermula daripada mengenalkan huruf-huruf tunggal, huruf-huruf sambung dan berirama (mad), huruf-huruf pelbagai baris peringkat demi peringkat sehingga ke peringkat ayat yang bermakna. Kerana prosesnya yang bersifat evolusi, maka ianya terasa mudah.

9. Komunikatif
Lingkaran petunjuk dan pengenalan adalah akrab dengan pembaca sehingga dapat menyeronokkan mereka yang mempelajarinya. Disusun dalam bahasa Melayu yang mudah mengerti dan difahami, sehingga ianya lebih berkesan. Selain itu, sejak awal-awal lagi sudah diperkenalkan pelajaran secara berirama (mad = panjang dan tanpa mad = pendek) sehingga terasa seronok dalam membaca dan mendengarnya.

10. Kelenturan dan Mudah
Buku Iqra’ boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja, bermula daripada kalangan kanak-kanak usia pra Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, bahkan orang-orang dewasa mahupun para Ibu-Bapa yang belum mahir membaca al-Quran. Selain itu, bagi sesiapa yang mahir membaca al-Quran dapat mengajarkannya. Malah murid-murid yang baharu sahaja tamat jilid 2 atau 3 boleh mengajar yang masih diperingkat jilid 1. Ianya dapat menambahkan keseronokkan dan suasana belajar dan mengajar.

PANDUAN MENGAJAR KAEDAH IQRA’ 
BUKU IQRA’ (1)
1.  Kaedah Mengajar: Pembahagian
      1.1 Cara mengajar murid aktif guru sebagai pemudah cara dan hanya memberikan contoh sahaja
      1.2 Guru menyemak seorang demi seorang
      1.3 Murid yang cergas dan aktif membantu murid yang lemah
2.  Guru memberi contoh bacaan, tidak member ulasan

3.  Sekiranya murid-murid yang sudah boleh membaca dengan betul maka guru kita perlu mengulangi lagi.

4. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf yang pendek dengan bacaan yang panjang, guru perlu memperbetulkanya dengan segera dan jelas.
5. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf-huruf tertentu, guru hendaklah memperbetulkanya dengan cara berikut :
      1. Isyarat seperti kata-kata atau hati-hati ! dan sebagainya ,jika murid-murid   masih keliru juga guru perlu member peringatan seperti membaca bunyi ( ز ), guru mengingatkan sahaja ,bila tiada titiknya dibaca ( ر ) dan sekiranya murid-muridnya masih lupa, guru merti menunjukan bacaan yang sebenar.
6.  Buku satu memberi pengenalan sebutan bunyi huruf fathah,murid-murid yang menguasai buku satu sahaja yang layak dipindahkan ke buku dua, walaupun murid-murid kurang fasih menyebut bunyi huruf –huruf tertentu seperti : خ , أ , د ,ق ,ذ , ع ,ز ,ظ , س , ش
7.  Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan kehalaman beriku tanpa menghabiskan halaaman berkenaan.
8.  penilaian guru berkenaan sebagai penilainya.
BUKU IQRA’ (2 )
  1. Panduan mengajar buku iqra’1 diguna juga dalam iqra’2
  2. Huruf-huruf  yang diulang dalam buku 1,boleh diulang semasa belajar buku 2 supaya lebih sempurna
  3. Guru tidak perlu menerangkan huruf-huruf yang disambung ,contohnya ب بصر ,ب خطب , صبر ب ,tidak kira sama ada diawal,ditengah dan diakhir biasanya murid-murid sudah boleh membacanya.
  4. Mulai dengan muka surat 14 guru memperkenalkan bacaan mad supaya jelas perbezaan      antara bacaan panjang dan pendek
  5. Huruf –huruf yang bersambung bolehlah dibaca secara putus-putus
  6. Mulai muka surat 14 ,sekiranya murid-murid masih keliru tentang bacaan panjang pendek,guru perlu menegur mengapa baca sedemikian
BUKU IQRA’ (3 )
  1. Panduan mengajar buku Iqra’ 1,nombor 1,2,3,4,7 dan 8 juga buku Iqra’2 ,nombor 4 dan 6 boleh digunakan untuk buku Iqra’3
  2. Apabila murid selalu memanjangkan bacaan yang sepatutnya pendek kerana mengingatkan huruf berikutnya ,maka tegurlah dengan membacanya dengan terputus –putus
  3. Guru tidak boleh member contoh-contoh yang sukar di ikuti oleh murid-murid
  4. Sekiranya pelajar mengulang-ngulang bacaan kalimah yang sama maka tegurlah dengan      perkataan seperti : “ وما “  ada berapa ,kerana bacaan yang sudah betul tidak boleh diulang lagi
 BUKU IQRA’(4 )
  1. Panduan mengajar buku satu ,nombor 1,2,3,8 dan buku 2 nombor 6 serta buku 3 ,nombor 3 dan 4 masih boleh digunakan untuk buku 4
  2. Mulai buku 4, bolehlah diperkenalkan nama-nama huruf ( sila rujuk buku 1 ms 32 )
  3. Sekiranya berlaku kekeliruan bacaan samaada di tengah atau di akhir kalimah ,guru hanya perlu memperbetulkan yang keliru itu sahaja
  4. Untuk memudahkan ingatan ,huruf-huruf Qalqalah bolehlah dengan singkatan : جد خطب
  5. Halaman 1,7,9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid
  6. Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21 (hamzah sukun dan sebagainya)      murid diajak membaca dengan baris fatah dahulu secara berulang-ulang kemudian baru diamati  contoh : تلك
 BUKU IQRA’(5 )
  1. Panduan mengajar buku 1,2,3,8 dan buku 2 nombor 6,buku 3 nombor 3,4 dan buku 4, nombor 3 semuanya boleh diikuti dalam buku 5
  2. Muka surat 21 ( surah al-mukminun ayat 1-11 ) seeloknya digalakkan murid-murid menghafaz dan memahami maksudnya .sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya.
  3. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya
  4. Murid-murid tidak perlu mengenal istilah-istilah tajwid seperti : idgham,ikfa’, mad dan sebagainya ,yang penting murid-murid dapat menguasai bacaan dengan betul
  5. Halaman 14-17 boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid.
BUKU IQRA’(6)
  1. Panduan mengajar buku 1,nombor 1,2,8 dan buku 2,nombor 6 buku 3,4,buku 3,4 nombor 3 bagi buku 5 ,nombor 3,4 semuanya boleh digunakan bagi buku 6.bahan dihalaman penilaian pada buku 6,hendaklah dihafaz difahami maksudnya.
  2. Walaupun murid telah berpindah ke buku 6,namun panduan membaca lambat asalkan betul hendaklah dipatuhi kerana murid akan dapat menguasainya setelah mereka membaca bahagian seterusnya.
  3. Gaya bacaan yang menyusahkan tidak digalakkan walaupun dengan bacaan tertil.
  4. Pengajaran buku 1-6 dari segi tajwid diajar secara tidak langsung berdasarkan praktikal bacaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s