Tilawah Al Quran Tajweed

IT0104 TILAWAH & TAJWEED AL QURAN

KULIAH : 11 OGOS 2010 / 30 SYA’ABAN

TEMPAT : MT KUPU SB

HURAIAN TENTANG AL QURAN / NAMA / SIFAT DAN CARA AL QURAN DI WAHYUKAN

Etimologi Tilawah & Tajweed

Tilawah ertinya bacaan

Tajweed ertinya elok

Al Quran

Banyak pendapat dari ulama-ulama muqtabar memperkatakan mengenai pengertian Al Quran

Definisi

Ulama ulumul Quran banyak membuat pentafsiran Al Quran di antaranya

1. Al Quran – Kata nama Terbitan (Kata Kerja)

قراء يقراء قرءاناً Ertinya yang dibaca

2. Al Quran – Bacaan (Saraf / Timbangan dalam bahasa Arab)

قراء يقراء قراءتاَ Bacaan

فرمان الله سورة القيامه اية ١٧ – ١٨

  1. Sebahagian ulama berpendapat termasuk Imam Syafie – Kata nama Khas bagi kitab yang diturunkan oleh Allah Subahanahu Wat’ala seperti Injil / Zabur / Taurat
  2. Al Quran juga merupakan Kalam Allah yang diturunkan oleh Allah Subahanahu Wata’ala kepada Nabi Muhammad Solallah Alaihi Wassalam kemudian dihimpunkan kepada berbagai Mushaf

NAMA MASHUR  AL QURAN

1 Quran

القرءان

Dalil – Surah Al Baqarah Ayat 185
2 Furqan

الفرقان

Dalil – Surah Al Furqan Ayat 1
3 Al Kitab

الكتاب

Dalil Surah Al Baqarah Ayat 2
4 Az Zik’r

الذكر

Dalil Surah Al Hijr’ Ayat 9
5 Al Wah’y

الوحى

Dalil Surah Al Anbiya Ayat 40
6 Ar Ruh

الروح

Dalil Surah As Syura’ Ayat 52

CARA PENURUNAN AL QURAN

Al Quran diturunkan dalam dua peringkat:

  1. Penurunan secara serentak – Daripada Lauh Mahfuz ke Baitul ‘Izzah (Di langit Dunia)

Dalil : Surah Al Buruj Ayat 21/22

Dalil lain bagi membuktikan ayat Al Quran ini berada di Lauh Mahfuz di antaranya ialah:

Surah Al Baqarah Ayat 185:

Surah Al Qad’r Ayat 1:

Surah Ad Dukhan Ayat 3:

  1. Daripada Baitul ‘Izzah kepada dada Rasulullah Solallahu Alaihi Wassalam dalam tempoh 22 tahun 2 bulan 22 hari (23 Tahun)

Dalil : Surah Al Furqan Ayat 23

Surah Al ‘Alaq Ayat 1 Hingga 5

Surah Al Baqarah Ayat 281

SURAH-SURAH DI DALAM AL QURAN

Surah- Potongan karangan yang diasingkan

Istilah- Himpunan beberapa ayat Al Quran yang mempunyai permulaan dan kesudahan tidak kurang daripada 3 ayat seperti surah Al Kauthar

Ulama Berselisih Pendapat mengenai surah-surah Al Quran

  1. Al Quran mempunyai 114 Surah (sepakat Ulama)
  2. Sebahagian Ulama mengatakan 113 surah iaitu mengabungkan surah Al Anfal dengan Surah At Taubah kerana Surah At Taubah tidak dimulakan dengan Basmallah

Surah Al Quran dari segi Penurunan

Ayat Makiyyah – Surah yang diturunkan di Mekkah sebelum Hijrah

  • Mengambil masa 12 tahun 5 bulan 13 hari
  • Bermula 17 Ramadhan ketika umur Nabi Muhammad Solallahu Alaihi Wassalam 40 tahun sehingga Awal bulan Rabiul Awal umur Nabi Muhammad Solallahu Alaihi Wassalam 54 tahun
  • Terdapat 86 Surah

Ayat Madaniyyah – Surah yang diturunkan di Madinah selepas Hijrah

  • Mengambil masa 9 tahun 9 bulan 9 hari
  • Bermula Awal Rabiul Awal ketika usia Nabi Muhammad Solallahu Alaihi Wassalam 54 tahun sehingga ayat terakhir pada 9 Zulhijjah tahun ke 10 Hijrah ketika usia Nabi Muhammad Solallahu Alaihi Wassalam 63 tahun.
  • Terdapat 28 Surah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s