KULIAH : 25 OGOS 2010 (RABU)

IT0104 TILAWAH & TAJWEED AL QURAN

KULIAH : 25 OGOS 2010 (RABU)

TEMPAT : MT KUPU SB

ADAB-ADAB MEMBACA DAN MENDENGAR BACAAN AL QURAN

Terdapat banyak adab-adab yang perlu dijaga ketika membaca atau mendengar bacaan al-Quran. Para ulama telah menyatakan adab-adab tersebut, antaranya seperti berikut:

1. Ikhlaskan Niat kerana Allah

2. Menghadirkan hati dan aqal (fikiran) supaya bertambah tadabbur (memperhatikan serta memikirkan).

3. Membaca Isti’adzah

4. Membaca Basmalah

5. Membaca dalam keadaanberwudhu

6. Membaca di tempat yang suci dan bersih

7. Membersihkan mulut (bersugi)

8. Memakai Pakaian yang bersih lagu suci

9. Membaca dengan suara yang baik (lunak)

10. Membaca dengan khusyu’

11. Mengadap Qiblat dan duduk dengan sopan seperti duduk Iftirasy (duduk tahyat awal) atau duduk Tawarruk (duduk tahyatul akhir)

12. Tidak diselangi dengan percakapan kecuali menjawab salam

13. Berselawat atas Nabi jika menyebut namanya seperti Ahmad, Muhammad, Rasul, Nabi dan sebagainya

14. Memohon kebajikan jika bertemu ayat rahmat dan sebaliknya jika bertemu ayat azab

15. Menjawab seruan azan

16. Mengucapkan ucapan yang disunatkan selepas membaca ayat-ayat tertentu

17. Mengakhiri bacaan dengan lafaz yang tertentu

1. Ikhlaskan Niat kerana Allah, bagi menghindarkan perasaan ria’ (menunjuk-nunjuk) dan sum’ah (bermegah-megar). Firman Allah Subahanahu wata’ala dalam surah Az-Zumar ayat 11

         

11. Katakanlah lagi (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya Aku diperintahkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Segala Ibadat kepadanya; 2. Menghadirkan hati dan aqal (fikiran) supaya bertambah tadabbur (memperhatikan serta memikirkan). Firman Allah Subahanahu Wata’ala dalam surah Shad ayat 29          

29. (Al-Quran ini) sebuah Kitab Yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab Yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami Dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang Yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. 3. Membaca Isti’adzah. Firman Allah Subahanahu Wata’ala dalam surah an-Nahl ayat 98

        

98. Oleh itu, apabila Engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah Engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan Yang kena rejam.

4. Membaca Basmalah. Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wassalam كل أمر ذى بال لايبدأ فيه بسم الله الرحمن الرحيم فهو أقطع (رواه أبو داود) Bermaksud: “Setiap perkata kebaikan (kebajikan)yang tidak dimulakan dengan Bismillahir Rahmanir Rahim maka amalan itu terputus (daripada keberkatan)” (Diriwatkan oleh Abu Daud)

5. Membaca dalam keadaan berwudhu’ walaupun harus membaca tanpa wudhu’. Diriwayatkan bahawa Saiyidina Ali berkata: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم توضأ ثم قرأ شيئا من القرءان ثم قال هكذا لمن ليس بجنب فأما الجنب فلا ولا أية (رواه الهيثمي) Bermaksud: “Aku lihat Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wassalam berwudhu’ lalu beliau membaca sesuatu dari al-Quran kemudian bersabda. Beginilah bagi orang yang tidak berjunub, adapun orang yang berjunub tidak boleh (membacanya) walaupun satu ayat” (Riwayat al –Haithami)

6. Membaca di tempat yang suci lagi bersih. Tidak boleh membaca di tempat yang bersih tetapi tidak suci dan tempat yang tidak layak dengan kesucian al-Quran. Kata al-Sya’bi تكره قراءة القرءان فى ثلاث مواضع الحمامات والخشوش وبيت الرحي وهي تدور Maksudnya: “Makruh membaca (al-Quran) pada tiga tempat : Di dalam bilik air, tandas dan rumah kisaran di masa dia sedang berpusing”

7. Mwmbersih mulut (Bersugi). Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam إن أفواهكم طرق للقرءان فطيبوهابالسواك (رواه ابن ماجه) “Sesungguhnya mutul kamu itu adalah jalan bagi al-Quran maka hendaklah kamu memperelok akannya dengan bersugi”

8. Memakai pakaian yang bersih lagi suci.

Firman Allah Subahanahu Wata’ala dalam surah al_Muddathir ayat 4

  

4. Dan pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan.

9. Membaca dengan suara yang baik (lunak lagi merdu). Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: زينوا القرءان بأصواتكم فإن الصوت الحسن يريدالقرءان حسناً رواه الحاكم “Hiasilah al-Quran itu dengan suara-suara kamu sesungguhnya suara yang bagus menambahkan lagi kebagusan al-Quran” Riwayat al-Hakim 10. Membaca dengan khusyu’ serta tawadhu’ kerana takut kepada Allah serta memerhati dan memahami apa yang dibaca. Firman Allah Subahanahu Wata’ala dalam surah Shad ayat 29

         

29. (Al-Quran ini) sebuah Kitab Yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab Yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami Dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang Yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

11. Mengadap qiblat dan duduk dengan sopan seperti duduk Iftirsy, (duduk tahyat awal) atau duduk Tawarruk (duduk yahyat akhir). Sabda Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassallam أكرم المجالس ما استقبل به القبله (رواه طبراني) Maksudnya: “Semulia-mulia majlis iaitu (majlis)yang dihadapkan kea rah qiblat”

12. Tidak diselangi dengan percakapan kecuali menjawab salam.

Firman Allah Subahanahu Wata’ala dalam surah al-Nisa’ ayat 86

  •       •      • 

86. Dan apabila kamu diberikan penghormatan Dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu Dengan Yang lebih baik daripadanya, atau balaslah Dia (dengan cara Yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.

13. Berselawat ke atas Nabi jika menyebut namanya seperti Ahmad, Muhammad, Rasul, Nabi dan sebagainya. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam : من صلى على صلاة صلى الله عليه بها عشر (رواه مسلم) “Barangsiapa berselawat atasku (dengan) sekali selawat maka Allah akan berselawat atasnya sepuluh kali” (Riwayat Muslim)

14. Memohon kebajikan jika bertemu ayat rahmat dan sebaliknya jika bertemu ayat azab. Kata Hudzaifah bin al-Yaman صليت مع النبي صلى الله عليه وسلم : ذات ليلة فافتح البقرة فقلت يركع عندالماته ثم مضى فقلت يصلى بها في ركعة فمضى فقلت يركع بها ثم افتح النساءفقرأها ثم افتح ال عمران فقرأها يقرأ مترسلا إذامر بنايه فيهاتسيح سبح وإذا مر بناية سؤال سأل وإذا مر بتعود نعوذ Maksudnya: “Aku sembahyang bersama Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pada satu malam lalu baginda memulakan bacaan dengan surah al-Baqarah, maka aku berkata : Dia akan ruku pada ayat yang ke setatus kemudian dia teruskan. Maka aku berkata : Dia akan ruku dengannya kemudian dia memulakan surah al-Nisa lalu dia membacanya, seterusnya dia memulakan surah Ali Imran lalu membacanya, dia membaca secara perlahan, tidak gopoh. Apabila dia melalui ayat yang mengandungi tasbih dia mengucapkan tasbih, apabila dia melalui ayat permintaan dia memohon dan apabila dia melalui ayat perlindungan dia meminta perlindungan” (Riwayat Muslim)

15. Menjawab seruan azan. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: إذا سمعتم النداء فقولوا مثل ما يقولو المؤذن (رواه مسليم) “Apabila kamu mendengar azan maka ucapkanlah sepertimana yang muadzdzin ucapkan” (Riwayat Muslim)

16. Mengucapkan ucapan yang disunatkan selepas membaca ayat-ayat tertentu: Sesudah membaca      بلى و اناعلى ذلك من الشاهدين Sesudah membaca         بلى Sesudah membaca      ءامنا بالله Sesudah membaca      لابشيء من نعمك ربنا نكذب فلك الحمد Sesudah membaca    •  لله رب العالمين

17. Mengakhiri bacaan dengan lafaz صدق الله العظيم dan boleh juga ditambah dengan lafaz : وبلغ رسوله النبي الكريم, وهذا تنزيل من رب العالمين, ربنا ءامنا با أنزلت واتبعنا الرسول فاكتبنا من الشاهدين

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s