KULIAH : 08 SEPTEMBER 2010 (RABU)

IT0104 TILAWAH & TAJWEED AL QURAN

KULIAH : 08 SEPTEMBER 2010 (RABU)

TEMPAT : MT KUPU SB

SEJARAH PENULISAN DAN PEMBUKUAN AL QURAN DALAM MUSHAF RESAM OTHMANI

PENGENALAN

Al Quran yang kita lihat dan baca pada hari ini telah melalui satu proses yang amat panjang, ia tidak diturunkan sekaligus sebuah al Quran seperti kitab sebelumnya.  Malah ia diturunkan sedikit demi sedikit mengikut kesesuaian atu mengikut peristiwa-peristiwa yang tertentu dipanggil Asbabun Nuzul. Penurunannya mengambil masa selama 23 tahun.

Bermula daripada ayat yang pertama kali diturunkan kepada Junjungan Nabi Muhammad Shallallah Alaihi Wassalam pada tahun 610 M sehingga selesai penurunanya pada 7 hari sebelum kewafatan Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wassalam.

Mengikut pendapat yang rajih ayat yang pertama diturunkan iaitu 5 ayat dari surah al alaq dan yang terakhir ialah ayat 281 surah al Baqarah.

Peringkat pertama

Penulisan al quran bermula dari zaman Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wassalam menurut daripada ahli sejarah sebaik sahaja baginda menerima wahyu baginda akan terus memerintahkan juru tulis baginda untuk mencatit wahyu berkenaan.  Juru tulis baginda pada masa itu ialah Khulafa Ar Rashidin yang empat dan yang lain daripadanya ialah Zaid bin Thabit,  Ubai bin Ka’ab dan Thabit bin Qais ra

Oleh kerana pada masa itu tiada kertas maka para juru tulis telah mencatitkannya pada pelapah-pelapah tamar, batu-batu yang leper, daun-daun kering dan lain-lain. Kaum musliman yang lain menyalin al Quran dari catatan tersebut tetapi kebanyakan daripada sahabat lebih mengutamakan untuk menghafaz ayat-ayat yang telah di turunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu Alaihai Wassalam mulalui Malaikat Jibril Alaihi Salam.[1]

Peringkat ke dua

Penulisan Al Quran Zaman Sayidina Abu Bakar Assiddiq.

Setelah wafat Rasulullah para sahabat telah sepakat untuk melantik beliau menjadi khalifah, di zaman pemerintahan beliau banyak peperangan demi peperangan berlaku seperti memerangi kaum Murtad, memerangi mereka yang engan membayar zakat dan salah satu peperangan yang berlaku pada zaman pemerintahan beliau ialah peperangan al Yamamah.  Di dalam peperangan itu ramai daripada kalangan Hufaz telah jatuh syahid (gugur dalam peperangan) jadi timbul kebimbangan. (hufaz ertinya penmelihara Al Quran).  Telah diriwayat lebih 70 orang para penghafaz al Quran terkorban.  Timbul kebimbangan sehinggakan mendorong Syyaidina Omar Al Khatab Radiallahuanh mencadangkan kepada Khalifah Othman bin A’ffan supaya mengumpulkan al Quran kerana bimbang al Quran itu terhapus daripada dada-dada hufaz dengan sebab kematian mereka.[2]

Berikutan daripada cadangan tersebut maka Syyidina Abu Bakar Radiallahuanh memerintahkan Zaid bin Thsabit dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat mengumpulkan al Quran.  Mereka menyalin al Quran yang ada pada zaman Rasullullah kemudian dikumpulkan dalam satu mushaf dengan usaha tersebut maka itulah al Quran yang pertama telah terkumpul di dalam bentuk mushaf[3]

Setelah Syyaidina Abu Bakar Radiallhuanh wafat mushaf al Quran disimpan pada rumah Syyaidina Omar Al Khatab Radiallahuanh dan setelah wafatnya Syyaidina Omar Al Khatab maka disimpat lagi oleh anaknya iaitu Syyidatuna Hafsah binti Syyaidina Omar Al Khatab[4]

PENULISAN AL QURAN DI ZAMAN SYYAIDINA OTHMAN BIN A’FFAN

Pemerintahan telah berkembang dengan pesatnya atau luasnya sehingga ke Negeri Syam, Khufah, Iraq dan Negara arab yang lain.  Umat Islam yang berada di merata-rata tempat telah mempelajari dan membaca al Quran menurut kaedah-kaedah dan daripada sahabat-sahabat yang mashur di kalangan mereka seperti penduduk syam mengambil bacaan daripada Ubai bin Ka’ab penduduk Khufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas’ud dan lain-lain[5]

Berikutnya daripada hal ini lama-kelamaan menimbulkan masalah apabila tiada penyelarasa dibuat.  Akhirnya erkara ini menyebabkan berlakunya perselisihan yang hebat dikalangan kaum muslimin mengenai al Quran dan jua hal ehwal yang berkaitan mengenainya.

Di zaman Khalifah Syyaidina Othman banyak jenis bacaan yang telah berkembang kerana penerimaan hasil daripada telinga yang berbeza (berlainan orang), keadaan tersebut menimbulkan kebimbangan kepada salah seorang sahabat yang bernama Hazaifah bin Al Yamani Radiallahuanh.  Lantaran daripada itu beliau mencadangkan kepada Khalifah Othman bin A’ffan untuk menyatukan kaum muslimin dengan cara menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi perbelahan dan perpecahan di kalangan kaum muslimin kerana bacaan al Quran yang berbeza-beza disebabkan dialeg bahasa.[6]

Khalifah Othman bin A’ffan telah membentuk satu Ahli Jawatankuasa penulisan al Quran yan para anggotanya terdiri daripada Syyaidina Zaid bin Thsabit sebagai ketua menakala anggota lainnya ialah terdiri daripada Abudllah bin Ubaid, Said bin A’s, Abd Rahman bn Harith dan Hisham Radiallahuanh.

Tugas Ahli Jawatankuasa ini ialah membukukan al Quran iaitu menyalin lembaran-lembaran al Quran yang di ambil daripada Syyidatuna Hafsah binti Omar Al Khatab untuk dijadikan mushaf.  Ketika mereka menjalankan tugas ini Syyaidina Othman menesihatkan supaya:

  1. Mengambil keputusan dalam penulisan al Quran berdasarkan bacaan para hufaz
  2. Beliau berpendapat perbezaan diantara mereka mengenai bacaan maka haruslah ditulis mengikut dialeg suku Qurayish.  Ini kerana al Quran diturunkan menurut dialeg mereka.

Setelah tugas selesai dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa tersebut lembaran-lembaran al Quran yang dipinjam daripada Syyidatuna Hafsah Radiallahuanha itupun dikembalikan.

Al Quran yang telah dibukukan diberi nama Al Mushaf dan ditulis dalam beberapa salinan mushaf oleh Ahli Jawatankuasa tersebut.  4 buah daripadanya dikirim ke Mekkah, Syirya, Bashrah, dan Khufah supaya ia disalin semula di tempat itu.  Al Mushaf yang selbihnya ditinggalkan di Madinah unuk kegunaan Khalifah Othman Radiallahunh sendiri.  Al Mushaf inilah yang diberi mana Mushaf Al Imam.

Sesudah itu Khalifah Othman bin A’ffan memerintahkan supaya dikumpulkan semua lembaran-lembaran al Quran yang ditulis sebelumnya untuk dibakar.  Kemudian al Quran yang ditulis di zaman Syyaidina Othman digunakan oleh kaum muslimin berdasarkan mushaf Al Imam yang terdapat di Madinah dan Mushaf-mushaf yang terdapat di Mekkah, Syirya, Bashrah dan Khufah (Semua sudah selaras dan tidak menmbulkan kesangsian)

Adapun perbezaan bacaan yang ada sehingga sekarang sebenarnya masih ada kerana bacaanyang diriwayatkan dari Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wassalam masih tetap digunakan oleh kaum muslimin, bacaan tersebut tidaklah berlawanan dengan apa yang terdapat di dalam mushaf yang dtulis pada zaman Khalifah Othman itu.

Dengan demikian maka pembukuan al Quran di Zaman Khalifah Syyaidina Othman itu memberikan faedah yang besar kepada Umat Islam terutamanya ialah:

  1. Menyatukan kaum muslimin dalam satu bentuk mushaf yang selaras menurut ejaan dan tulisannya
  2. Menyatukan jenis bacaan walaupun masih terdapat berlainan bacaan tetapi bacaan tersebut tidak berlainan dengan ejaan Mushaf Othmani.  Sedangkan bacaan-bacaan yang tidak sesuai dengan ejaan Mushaf Othmani tidak boleh digunakan lagi
  3. Menyatukan tertib susunan surah-surah menurut tertib urutan seperti yang kita saksikan pada mushaf sekarang

Dalam penulisan tersebut menyatukan semua bacaan itu sama sehinggakan tidak lagi ada perbezaan dengan apa yang ditulis pada zaman Syyaidina Othman.

Note: Rujuk Buku Sejarah Penulisan dan Pendidikan Al Quran


[1] Extra Note:

  1. Pada zaman itu memang susah untuk mencari alat tulis untuk mencatit.
  2. Pada zaman itu orang arab banyak menghafal daripada menyalin semula kerana orang arab memang mempunyai kelebihan untuk mnghafal Al Quran

[2] Note: Orang-orang arab telah mendengar dari mulut Nabi Muhammad kemudian dipelihara (Talqqi)

Dikumpulkan hufaz kemudian didengarkan bacaan masing-masing dan dicari bacaan mana yang betul lalu dicatat semula, kerana setiap hufaz tidak sama cara bacaan mereka

[3] Bukan Mushaf yang dapat kitani lihat pada hari ini.  Memandangkan alat tulis dan tempat menulis yang masih kekurangan, objektif pada masa itu ialah mengumpulkan catitan al Quran yang terdahulu

[4] Disimpan oleh Abu Bakar kemudian Omar dan akhirnya Hafsah

[5] Islam sudah berkembang akhirnya menyebabkan bacaan al Quran semaikn meluas, ekoran daripata itu timbulnya berbagai Qiraat (cara bacaan) yang berbeza-beza

[6] Cara sebutan yang tidak sama / bacaan tidak sama / ini menimbulkan kekeliruan dikalangan umat islam pada ketika itu dan akhirnya terpaksa mencari bacaan yang betul di kalangan hufaz – kemudian ditulis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s